Site icon Blog Ibu Mifzal

Notebook & Broadband Percuma?

Notebook & Broadband Percuma? Oh! percuma guna sahaja tetapi ini bukan hak milik ibu. Notebook HP ProBook 4341s dan broadband Celcom itu adalah harta pejabat. Tetapi disebabkan ibu telah diamanahkan untuk menjaga dan menggunakannya bagi tujuan kerja. Hehe…ya ke untuk tujuan kerja semata-mata?

Adeh!! Bila sudah diamanahkan menjaganya seperti menjaga barang peribadi, memang terpaksa lah ibu menjaganya seperti barang sendiri. Kalau di rumah memang ada juga TERGUNA untuk berblog (ihik..bukan di rumah sahaja, di pejabat pun sama). Hehe…ala sesambil key in data kemajuan peserta e-kasih. Bila ada notebook ni, dekat pejabat pun ibu sudah tidak gunakan PC pejabat. Guna notebook lagi senang :p

Notebook & Broadband Percuma

Celcom Broadband itu mungkin hanya digunakan bila pergi berkursus sahaja. Kalau di pejabat, sudah ada talian internet (GOV) yang pantas. Lagipun coverage 3G di pejabat ibu tiada. Dapat online dengan EDGE sahaja, Itu pun, jenuh menunggu loading. Kalau nak key in maklumat yang diperlukan dengan cepat memang buat sakit hati sahaja lah. Di rumah pula, YES lebih laju. Celcom Broadband ini kontrak langgannya dua tahun, macam rugi sahaja bila tidak dapat digunakan. Nasib baik bukan ibu yang kena bayar :p

 1,806 jumlah dibaca,  1 dibaca hari ini

Jom Kongsi!
Exit mobile version