Site icon Blog Ibu Mifzal

YES 4G : 10x Lebih Laju Dari 3G

Sangat teruja bila ibu semak ada coverageSangat teruja bila ibu semak ada coverage YES 4G : 10x lebih laju dari 3G di kawasan tempat tinggal ibu. Fikir punya fikir, ibu sudah lelah dengan khidmat 3G di kawasan sekitar rumah di kawasan tempat tinggal ibu. Fikir punya fikir, ibu sudah lelah dengan khidmat 3G di kawasan sekitar rumah ibu. EVDO Streamyx Wireless modem yang ibu guna sebelum sudah seperti barang hiasan pula. Berkelip-kelip sahaja lampu signal (tiada signal). Sudah 2 minggu masalah berlarutan. Kali ini, sudah malas mahu buat report kepada TM. Kalau ada connection pun, jenuh menunggu page loading sampai fed up. Service 3G Maxis, Celcom, Digi mahupun Umobile juga tidak ada, Tidak banyak pilihan tinggal di kawasan ini. Tidak seperti di bandar. Pilihan banyak sampai tak terpilih :p

Akhirnya, ibu melanggan pakej Super Internet YES. Ibu pilih Huddle modem kerana ibu sukakan modem yang portable, yang boleh diangkut ke sana ke mari. Langganan bulanan RM68 untuk 4Gb kouta. Rasanya cukup untuk penggunaan kami sekeluarga.

 

YES 4G : 10x lebih laju dari 3G

Mula-mula Abah Mifzal, sedikit tidak bersetuju ibu mahu mencuba pelan internet dari YES ini kerana bimbang tidak berbaloi di kawasan rumah kami. Al-maklumlah tinggal di kawasan yang jauh juga dari pekan besar. Namun selepas menggunakannya 2-3 hari ini nampaknya setiap kali buka PC, laptop atau smartphone masing-masing, kami tersenyum lebar. Sudah tidak perlu menunggu lama untuk mengakses internet. Tahu lah, tahap kesabaran menunggu ibu ini agak nipis kalau bab-bab internet ini :p

Walaupun warna signal merah di sini tetapi kelajuannya melebihi 3G. Jika warna signal kuning atau hijau, tentu kelajuannya macam roket..hehe.

Kepada yang mahu merasai kelajuan capaian internet mungkin seperti roket (di kawasan yang ada liputan), boleh lah melanggan YES.

 4,721 jumlah dibaca,  4 dibaca hari ini

Jom Kongsi!
Exit mobile version