Dah lama teringin nak makan burger bakar. Selalu nampak dekat facebook, kawan-kawan facebook ibu yang upload gambar makanan ini. Leleh liur tengok gambar burger bakar yang mengiurkan. Ibu ingat di pekan kecil di kawasan tempat tinggal ibu ini, tak ada orang jual burger bakar. Tetapi ada rupanya. Beli burger ini di Pekan Bidor. Gerai burger kecil sahaja tetapi satu-satu nya, gerai yang menjual burger bakar di sini. Merasa juga burger bakar.
Yang membuat burger bakar ini lain dari burger gerai biasa ialah daging burger nya. Home made punya. Rasanya memang berlainan dari burger biasa. Lebih berempah. Saiznya tidak besar mana. Tetapi harga nya agak mahal berbanding burger biasa. 3 biji burger bakar ini, Abah Mifzal beli dengan harga RM22.50. Satu biji harganya RM7.50. Tak boleh makan selalu. Sekali sekala boleh lah. Buat lepas kempunan ibu. Dapat merasa juga burger bakar.
Burger Bakar Sedap
Kalau tengok pada gambar burger bakar yang ibu beli ini. Memang mengiurkan. Ibu suka. Memang burger bakar lebih best dari burger proses kilang. Lebih juicy orang cakap. Maklumlah, homemade. Mungkin kerana title homemade itu yang membuatkan harga nya sedikit mahal berbanding dengan burger yang biasa kita beli di tepi jalan yang menggunakan burger frozen. Namun, sos yang digunakan juga turut memainkan peranan. Sekiranya sos yang digunakan bersesuaian memang akan menambahkan lagi kesedapan memakan burger
Mifzal peminat burger tetapi dengan burger bakar ini, tak habis pun dia makan. Katanya pedas dan keras. Hehe. Kalau burger yang biasa itu, 2 biji pun tidak cukup. Daging burger bakar ini lebih perisa lada hitam dan agak tebal. Tidak nipis dan lembut seperti daging burger biasa.
Pertama kali makan burger bakar di gerai ini, ibu bagi rating 3.5/5. Yang berdekatan Bidor, jika mahu mencuba burger bakar boleh lah ke gerai burger bakar ini yang terletak berhampiran Dewan Muhibbah Bidor, Perak dan bertentangan dengan Klinik Dr Zabidah.
3,687 jumlah dibaca, 1 dibaca hari ini
Jom try burger bako kt tapah road perak,ramai org kata sedapppp…xcaye meh cube!
Harga serendah rm3
dah nama pun berger daging oversize..mestilah harga pun oversize gak.
perghhhhh…. terbaik laaaa skali dengan cheese tu… hehehee
Dah pernah rasa burger ni dulu..makan sorang pun tak habis..disebabkan harga pun boleh tahan,dah tak pernah beli dah..
sungguh menyelerakan….. terliur tengok. Kena p cari ni…. aduhyai
tu la.. selalu tengok kawan2 post kt fb pasal beger bakar sampai terliur kita yng nengok ni.. hehe.. dah penah try skali, tapi xkena ngan selera sue la, beger biasa gak terbaik bg sue.. ngam2 boleh buat sue kenyang, kalau beger bakar tak abis makan sebab besar sangat..hehe
terliur ushar gambar…dulu masa dok kajang selalu layan beger bakar SS Kajang
😀 Semua orang bercerita tentang burger bakar! Tapi tak boleh kena selalu.. rabak poket woo..
Saya pun dah lama nak merasainya..ada jual tapi kena tempah dulu..kalau tak tempah jenuh la menunggu..hehe..sedapnya…
Besarnya burger,dekat sini belum ada kedai yang menjualnya,