Sepatutnya entry ni, ibu tulis pada bulan lepas, tapi mood nak menulis mengenai pencapaian blog agak kurang ada. Mungkin jugak disebabkan oleh trafik blog yang jatuh merudum. Pelik pun ada, di kala bulan yang ibu tak banyak keluarkan entry tapi trafik meningkat. Bila rajin buat entry, trafik jatuh. Memang pelik. Hehe. Mungkin entri baru tak mesra SEO kot. Sedih memang sedih bila trafik makin berkurangan, tapi nak buat macam mana kan. Inilah cabaran dunia blog kan. Mungkin juga ini penangan Google Slap kot. Huhu. Entri kali ini, ibu nak kongsikan gambar awstat blog atau statistik trafik bulanan blog.
okay, ini la trafik blog yang dapat dikumpulkan oleh Blog IbuMifzal.Com bagi tempoh 3 bulan iaitu bermula April hingga Jun 2012
Bagi bulan Jun 2012 yang lepas, blog ini kehilangan lebih 10,000 unique visitors. Huhu. Sedihkan. Susah juga nak dapatkan 10k pelawat bagi blo picisan macam blog ibu. Kena pandai main dengan SEO. Nak pandai pun payah, macam mana nak buat. Ibu pun berharap lebih ramai blogger dapat kongsi lebih banyak tips mengenai SEO. Ramai blogger biasa macam ibu hendak belajar.
Cabaran Berblogging
Cabaran untuk berblog bagi bulan Ogos 2012 dan seterusnya juga makin bertambah, Ini kerana semester baru UUM PLK dah pun bermula pada bulan Julai yang lepas. Kadang-kadang ibu pening nak membahagikan masa. Mana nak buat assignment, mana nak buat kerja, nak berblog lagi. Itu belum kira lagi tugas sebagai isteri dan ibu yang memang tak akan habis kan. Kadang-kadang rasa nak quit sahaja dari berblogging ni. tapi sayang sbb dah buang masa banyak dah dengan blog ni. So ,kena lah teruskan juga. chaiyokk!! Ibu Mifzal boleh 😀
BACA INI : Pertama Kali Dapat Lebih 500,000 Pageviews Dalam Masa Sebulan
Mungkin, ibu kena cari jalan juga untuk bahagikan masa dengan betul. Bila banyak tanggungjawab memang macam inilah. Teringin nak tengok gambar awstat blog yang trafiknya kembali meningkat.
1,226 jumlah dibaca, 1 dibaca hari ini