Site icon Blog Ibu Mifzal

Keyword Mickey Mouse

Ibu kan, selalu suka check keyword kalau buka akaun Nuffnang. Oh! Ya, Nuffnang ini pasti ramai yang tahu. Ia merupakan satu platform pengiklanan secara atas talian yang menyasarkan blogger sebagai publisher mereka untuk mengiklankan iklan clients Nuffnang. Dengan Nuffnang, para blogger boleh menjana pendapatan pasif yang mungkin lumayan bergantung kepada kualiti sesuatu blog dan iklan. Okaylah, berbalik kepada kisah keyword yang ibu hendak kongsikan. Keyword Mickey Mouse, menjadi keyword atau kata kunci yang popular di blog ibu kala ini.

Senarai keyword.

Ibu rasakan, banyaknya keyword ini menerjah blog ibu ini adalah disebabkan kisah Mifzal dengan kartun kegemaran Mifzal iaitu Mickey Mouse. Budak kecil ini memang suka sangat dengan watak kartun Mickey si tikus cerdik itu. Kalau dapat lihat kartun kegemarannya, memang melompat-lompat depan televisyen. Suka sungguh. Tapi, kadang-kadang, ibu sendiri pun suka menonton series Mickey Mouse di Astro. Teralit juga bila menonton sambil menemankan si boboy ibu ini.

BACA INI : Keyword Hits?

Untung juga, Nuffnang ada menyediakn feature untuk melihat kata kunci yang selalu singgah ke blog. Boleh juga digunakan untuk mengarap idea menulis entri yang disukai pembaca. Kadang-kadang, kala idea kabur, tidak tahu apa yang hendak di update untuk entri baru blog. Mati kutu dibuatnya. Hehe. Boleh juga semak di dashboard online akaun Nuffnang ini. Sebenarnya, bukan setakat analitik dan keyword sahaja boleh disemak, tetapi jugak referral dan Nuffangers yang rajin singgah ke blog. Hehe. Menarik bukan.

Mifzal Mickey

Agaknya, gambar ini yang mencuit hati Google Search Engine untuk menyenaraikan blog ibu untuk carian keyword mickey mouse. Hehe. Comel tak? Nakal ibu ini, edit gambar Mifzal macam ini. Dengan gaya gelak Mifzal itu, seperti dia tahu sahaja gambar ini mencuit hati. Haha. Apa pun, sayang kesayangan ibu nan seorang ini. Lekas membesar jadi anak yang menyejukkan hati Ibu dan Abah ya. Saranghae uri adel!

 746 jumlah dibaca,  1 dibaca hari ini

Jom Kongsi!
Exit mobile version