Site icon Blog Ibu Mifzal

Ibu Yang Kerisauan

Tidak tahu mengapa tetapi sejak dua – tiga malam kebelakangan ini, Mifzal selalu muntah masa hendak tidur.

Buah hati nan seorang.

Macam semalam, hendak tidurkan dia bukan main susah. Dah elok tidur dalam pukul 11.00 malam. Dan, tak sampai 15 minit., dia terjaga sambil menangis. Menangis sambil keluar muntah. Banyak pula muntahnya. Sampai keluar ikut hidung. Panik ibu. Sebelum tidur, dah jenuh ibu lumur dengan minyak angin, sebab ibu tengok perut Mifzal macam kembung. Tapi, kebiasaannya tak adalah sampai muntah. Mungkin Mifzal minum susu banyak sangat kot. Tapi, sebelum ini okay sahaja. Tak ada pula muntah-muntah. Seperti semalam, Mifzal habiskan 2 botol susu 7 auns sebelum tidur. Itu mungkin sebab mengapa Mifzal muntah dengan banyak

Susah Hati

Hendak kata Mifzal demam, badan tak panas pun. Check suhu badan biasa sahaja. Berak kerap juga tetapi bukan cirit-birit lah. Najisnya lembut sahaja. Selera makan banyak. Aduhai! Susah hatinya. Lepas Mifzal muntah. Ibu bimbang kalau badan Mifzal panas dalam walaupun suhu badan dia biasa sahaja. Jadi, ibu mandikan dia, Selepas dah muntah, tak ada lah Mifzal merengek. Mandi pun sambil gelak-gelak. Mujur air tak sejuk. Suam-suam sahaja. Itu yang kemain suka dia mandi tengah-tengah malam itu.

Selepas mandi, Mifzal sambung main pula. Dalam kerisauan itu, sambil duduk melayan Mifzal. Ibu tertidur. Mengantuk sangat. Abah Mifzal pula melayan Mifzal main. Dalam jam 5.00 pagi, baru ibu terjaga. Tengok-tengok, Mifzal sudah lena sebelah abahnya.

Bangun pagi, tanya Abah Mifzal. “Semalam Mifzal tidur pukul berapa, Abah?”  Abah Mifzal beritahu Mifzal main sampai pukul 1.30 pagi dan selepas itu baru tidur semula. Huhu. Patutlah bila kejut tak mahu buka mata. Dah, tidur lambat! Moga-moga anak ibu sihat sentiasa. Aamin.

 1,008 jumlah dibaca,  1 dibaca hari ini

Jom Kongsi!
Exit mobile version