Ibu Yang Kerisauan

Tidak tahu mengapa tetapi sejak dua – tiga malam kebelakangan ini, Mifzal selalu muntah masa hendak tidur.

Buah hati nan seorang.

Macam semalam, hendak tidurkan dia bukan main susah. Dah elok tidur dalam pukul 11.00 malam. Dan, tak sampai 15 minit., dia terjaga sambil menangis. Menangis sambil keluar muntah. Banyak pula muntahnya. Sampai keluar ikut hidung. Panik ibu. Sebelum tidur, dah jenuh ibu lumur dengan minyak angin, sebab ibu tengok perut Mifzal macam kembung. Tapi, kebiasaannya tak adalah sampai muntah. Mungkin Mifzal minum susu banyak sangat kot. Tapi, sebelum ini okay sahaja. Tak ada pula muntah-muntah. Seperti semalam, Mifzal habiskan 2 botol susu 7 auns sebelum tidur. Itu mungkin sebab mengapa Mifzal muntah dengan banyak

Susah Hati

Hendak kata Mifzal demam, badan tak panas pun. Check suhu badan biasa sahaja. Berak kerap juga tetapi bukan cirit-birit lah. Najisnya lembut sahaja. Selera makan banyak. Aduhai! Susah hatinya. Lepas Mifzal muntah. Ibu bimbang kalau badan Mifzal panas dalam walaupun suhu badan dia biasa sahaja. Jadi, ibu mandikan dia, Selepas dah muntah, tak ada lah Mifzal merengek. Mandi pun sambil gelak-gelak. Mujur air tak sejuk. Suam-suam sahaja. Itu yang kemain suka dia mandi tengah-tengah malam itu.

Selepas mandi, Mifzal sambung main pula. Dalam kerisauan itu, sambil duduk melayan Mifzal. Ibu tertidur. Mengantuk sangat. Abah Mifzal pula melayan Mifzal main. Dalam jam 5.00 pagi, baru ibu terjaga. Tengok-tengok, Mifzal sudah lena sebelah abahnya.

Bangun pagi, tanya Abah Mifzal. “Semalam Mifzal tidur pukul berapa, Abah?”  Abah Mifzal beritahu Mifzal main sampai pukul 1.30 pagi dan selepas itu baru tidur semula. Huhu. Patutlah bila kejut tak mahu buka mata. Dah, tidur lambat! Moga-moga anak ibu sihat sentiasa. Aamin.

 1,010 jumlah dibaca,  1 dibaca hari ini

Jom Kongsi!
About Ibu Mifzal 1507 Articles
Seorang isteri, ibu berkerjaya & blogger separuh masa. Graduan UUM. Blogging sebagai hobi dan amat meminati k-drama dan Modern Talking.

17 Comments

  1. ainey amsyar minum mamil gold….pastu tuko dugro pasal nk bajet tp kerap sgt membuang kalo dah kerap sgt bila bdn nk naik..tuko balik mamil alhamdulillah ok..ainey bg susu kat mifzal ms betul2 dia nk tido ker..mcm ida biasa 1jam b4 tido..kdg bila bg time nk tido dia mcm nk muntah..x tau ar psl per..

    • to ieda : oo..susu mahal tuh..mifzal minum lactogen langkah 2 jer..membuang kerap gak..tp kdg2 x tentu..ada masa kerap..ada masa kurang..tp tgk mifzal semakin bersemangat skang bdn dia..ok la kot ngan susu tuh..mifzal masa nak tido mmg dia menyusu kecuali dia mmg dah kenyang sgt..kalau x mmg dia mengamuk nak susu sambil gentel tuala..lena la dia….mungkin amsyar x biasa bg masa nak tido kot..tu yg dia muak..cam mifzal mmg biasa cam tuh..nak tido nak menyusu..

      • tu lah ainey susu tu jer serasi dgn dia..lactogen bau dia kuat x..yg mamil ni bau dia ok lah..amsyar ni baru je minum fm dia lama bf tu yg pyh nk cari susu yg betul2 dia nk..mamil ni mmg mahal ler 600gram tu tahan lah 11 hari..adoi lahh

    • x sure la salah makan ke x? bab petang tuh aku suap nasik..mifzal makan 2 mulut je..pastu dia muntah..tp masa tuh kuar sket jer..asben aku pun ckp maybe nak beralih bulan..or nak pandai sesuatu..

  2. mifzal minum susu byk sgt ni…tpkan ainey ank ieda pun kuat minum susu berak pun slalu tp najis dia biasa jer…sbb apa yer alah susu ker..tp dulu dia minum perisa madu skrg tuka yg asli nmpk dah kurg berak cuma 1x sehari jer..

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*