Site icon Blog Ibu Mifzal

Drama Jangan Benci Cintaku

Trending ketika ini drama Jangan Benci Cintaku yang ditayangkan di slot Akasia TV3 (7.00 malam) bermula 29 Jun 2018 yang lalu. Drama ini akan bersiaran dengan 28 episod ini merupakan drama terbitan produksi terkenal iaitu Suhan Movies & Trading dan diarahkan oleh Pali Yahya.

Drama dibintangi oleh Saharul Ridzwan, Zahirah Macwilson, Izzue Islam, Niena Baharun, Amelia Henderson, Daler Yusuf, Luqman Hafidz, Azizah Mahzan dan merupakan adaptasi daripada novel berjudul sama yang dikarang oleh Emy Roberto.

Sinopsis Drama Jangan Benci Cintaku

BACA INI : Drama Inikah Cinta

Rafeeqa terpaksa berkahwin dengan Shahrizal, calon pilihan keluarganya ketika usianya masih muda. Bagi Shahrizal, tiada sebab untuk dia tidak jatuh cinta pada Rafeeqa tapi bagi Rafeeqa, perkahwinan itu satu bebanan. Rafeeqa nekad melanjutkan pelajarannya ke luar negara, walaupun dipujuk rayu si suami. Dengan berat hati, Shahrizal melepaskan isterinya pergi setelah Rafeeqa berkeras dengan keputusannya.

Pada awalnya, Shahrizal masih melayannya dengan baik. Namun, segalanya berubah pada tahun terakhir pengajian Rafeeqa. Mereka sudah kurang berhubung. Dinginnya Shahrizal buat Rafeeqa mengesyaki sesuatu. Saat itu dia mula rasa kehilangan.

Rafeeqa pulang ke tanahair dan mahu menjadi isteri yang lebih baik. Namun Shahrizal sudah ada orang ketiga iaitu Husna. Dengan sokongan rakannya Damia, Rafeeqa tidak mengalah untuk kembali memikat si suami.

Namun tidak semudah itu, dengan kemunculan Husna di antara dirinya dan Shahrizal, Nek Pah yang tak pernah mengiktiraf kedudukannya sebagai cucu menantu dan juga Irwan yang tak habis-habis menempel untuk mendekatinya, semuanya menguji kesabaran.

 3,519 jumlah dibaca,  1 dibaca hari ini

Jom Kongsi!
Exit mobile version