Site icon Blog Ibu Mifzal

Drama Inikah Cinta

Drama terbaru di slot Dahlia Tv3 menampilkan drama Inikah Cinta yang latar belakang pengambarannya dibuat di Universiti Utara Malaysia (UUM). Teruja juga nak tonton drama ini, al-maklumlah bekas pelajar UUM..hehe

Poster Inikah Cinta

Drama ini dibintangi oleh Jasmin Hamid, Kaza, Fizz Fairuz, Farah Nabila, Niezam Zaidi, Syaimi Aida, Awira, Acap dan Zee (Bintang Mencari Bintang) dan diarah oleh Khalid Ibrahim serta diterbitkan oleh Umhsb Production.Khabarnya ada juga pelajar-pelajar UUM dan Naib Canselor UUM sendiri turut berlakon di dalam drama ini. Drama ini akan ditayangkan bermula hari ini 31 Januari 2016 setiap Jumaat – Ahad jam 7.00 malam.

Sinopsis Drama Inikah Cinta

Drama bersiri genre romantik komedi mengisahkan seorang pemuda bernama Muammar (Niezam Zaidi) yang ingin bercinta dengan seorang gadis bernama Rose (Farah Nabila) dan diberikan syarat untuk mencari 3000 bunga namun dalam usahanya memenuhi permintaan Rose, dia menghadapi pelbagai kisah lucu dan romantik.

 2,241 jumlah dibaca,  1 dibaca hari ini

Jom Kongsi!
Exit mobile version