Site icon Blog Ibu Mifzal

Daftar Pra Sekolah & Darjah Satu Di Sekolah Kebangsaan

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Tengahari semalam, dah selamat hantar borang permohonan untuk kemasukan anak kecil ibu, Mifzal Arsyad ke pra sekolah (tahun 2013) & darjah satu (tahun 2015) di SK yang berdekatan dengan office ibu.

Tahun ini adalah tahun terakhir Mifzal Arsyad (Boboy) di Taska Permata. Tahun hadapan dah masuk tadika. Di sini, ada juga pilihan selain pra sekolah seperti Tadika KEMAS, Tadika Perpaduan, Tadika PASTI dan Tadika Agama. Cuma tadika swasta yang ternama, tu tak ada lah. Sini, pekan kecil. Kalau ada pun, tak semua mampu hantar ke tadika yang berbayar dan mahal yurannya 🙂

Mulanya, ibu agak berbelah bahagi, nak hantar boboy belajar di mana. Rata-rata pilihan lebih kurang sama sahaja. Namun atas permintaan Boboy sendiri, yang mahu bersekolah di sekolah besar (Sekolah Kebangsaan). Ibu pilih pra sekolah sahaja. Tak sabar rupanya, anak ibu nak bersekolah ya.

Lama dah, Boboy request kat ibu n abah nak bersekolah di sekolah besar. Hari-hari duk tanya “boboy dah besar ke belum?” Jenuh juga mahu memujuknya setiap hari ke Taska Permata tu. Katanya, Taska Permata itu sekolah kecil sahaja.

Boboy : “Ibu, tak sabarnya saya nak sekolah besar

Mungkin, cikgu taska nya ada bagitahu boboy yang tahun depan boboy dah tak sekolah kat sekolah kecil tapi akan bersekolah di sekolah besar. 🙂

Harap permohonan ke pra sekolah ni diterima lah, kerana menurut kerani sekolah tu, boboy baru 5 tahun, pihak sekolah mendahulukan budak-budak berumur 6 tahun. Tak cukup qouta baru ambil budak umur 5 tahun.

ps : oh…anak ibu dah besar.

Posted from My Samsung Galaxy Note

 3,118 jumlah dibaca,  1 dibaca hari ini

Jom Kongsi!
Exit mobile version