Site icon Blog Ibu Mifzal

Vitamin Blackmores Untuk Kesihatan Yang Lebih Baik

Sudah masuk bulan ke 5, ibu mengamalkan pengambilan produk vitamin jenama Blackmores. Antara vitamin atau supplements yang ibu amalkan adalah vitamin C, lecithin dan juga fish oil. ibu amalkan vitamin Blackmores untuk kesihatan agar menjadi lebih baik. Sebenar kalau dahulu, penyebab untuk ibu mengambil vitamin dan supplement ini adalah antaranya untuk mendapatkan kulit yang lebih cerah. Ibu pernah minum minuman collagen seperti Lenox Firm Up Bright selama beberapa bulan. Namun kesannya tidak lah begitu ketara, jadi dengan orang cakap kena makan vitamin C. Tapi, google punya google, vitamin C bukan lah untuk putih kan kulit sebenarnya, lebih kepada untuk kesihatan diri iaitu untuk mengelakkan dan mempercepatkan penyembuhan kalau terkena selesema atau flu dan juga luka.

Vitamin Blackmores Untuk Kesihatan Yang Lebih Baik

Kalau nak cerahkan kulit tak cukup dengan vitamin c sahaja. Hehe. Biasalah, ibu ni jenis mudah juga terpengaruh. Hehe. Tapi, masa awal-awal bulan ibu consume vitamins, ibu pikir elok juga, ibu ini selalu juga kena selesema. Kadang-kadang, bila ibu kena selema, Mifzal turut terkena jangkitan.

Vitamin C

Bio C 1000mg

Vitamin C, sememang sangat bagus untuk kesihatan. Badan kita memang memerlukan vitamin C, biasanya kita dapat vitamin C dari pemakanan kita terutamanya buah-buahan. Tetapi, ibu akui, ibu ini bukan lah pengemar sayur dan buah-buahan. Bimbang juga kalau tak cukup vitamin C, nanti luka susah sembuh pula. Huhu. So, ibu decided  untuk amalkan vitamin C. Sebenarnya, banyak produk-produk kesihatan yang ada dijual di pasaran. Tetapi, ibu memilih produk jenama Blackmores, kerana ibu rasakan harganya yang agak bersesuaian dengan kocek ibu. Kadang- kadang terasa murah bila membelinya ketika promosi. Jimat duit. Hehe. Dos pengambilan pula hanya sebiji sehari. Ibu memilih, Blackmores Bio C ini kerana ia turut mengandungi Citrus Bioflavonoids Extract yang memudahkan penyerapan vitamin c oleh badan.

Lecithin

Lecithin 1200mg

Selain vitamin C, ibu juga mengamalkan memakan dietary supplement iaitu Lecithin. Ibu ambil Lecithin ini selepas mengambil makanan berat. Biasanya, pada waktu makan tengah hari dan waktu makan malam. Yang ibu tahu, fungsi lecithin ini juga pelbagai. Antaranya, untuk mengemulasi lemak daripada makanan dan lemak tersebut akan terapung di dalam darah tidak melekat pada dinding saluran darah. Orang kata elok untuk elak kolestrol. Selain itu, ada juga yang mengatakan lecithin baik untuk ingatan. Dan, ada juga yang mengatakan elok untuk kawal berat badan. Entahlah. Hehe. Blackmores Lecithin ini didapati daripada Kacang Soya.

Fish Oil

Minyak Ikan 1000mg

Fish oil, juga elok untuk kesihatan. Ibu turut mengamalkannya bersama dengan vitamin C dan Lecithin. Fish oil mengandungi omega 3 yang sangat bagus untuk ketajaman minda. Minyak ikan ini perlu diambil 3 biji sehari. Tetapi, ibu hanya mengambil sebiji sehari. Bukan disebabkan untuk berjimat tetapi sebenarnya, ibu tak lalu nak telan banyak-banyak biji. Hehe.

Ibu kebiasaanya membeli vitamin-vitamin ini di Guardian kerana lebih murah berbanding Watsons. Namun, kebelakangan ini, ibu lebih suka membelinya di Shopee sahaja. Harga memang sangat-sangat murah berbanding di Guardian dan Watsons. Produk original tau, bukan fake. Jimat berganda-ganda. Suka ibu.

Kesan Pemakanan Vitamin Blackmores

Ibu tak sure nak ulas apa. Sebab ibu tak rasa ada perubahan ketara, Cuma, ibu dah jarang kena selesema. Mungkin kesan adalah berbeza mengikut badan masing-masing. Apa pun ibu rasa vitamins dan suplements ini bagus jika diamalkan secara berdisiplin. Hopefully dengan pengamalan suplement kesihatan dan pemakanan yang sihat dapat membantu kesihatan ibu bertambah baik.

 31,020 jumlah dibaca,  2 dibaca hari ini

Jom Kongsi!
Exit mobile version