Site icon Blog Ibu Mifzal

Tuntut Lebihan Bayaran Balik Pinjaman PTPTN

Bila hutang dah selesai dan ada pula lebihan bayaran balik apabila disemak, maka cepat sahaja hendak buat tuntutan. Eh! dah duit kita kan, kena la cepat-cepat tuntut. Hehe, boleh juga digunakan untuk berbelanja di Shopee. Oppss!!! Proses tuntut lebihan bayaran balik pinjaman PTPTN ini tidak lah susah mana. Dan, ia mengambil masa sekejap sahaja. Dalam masa tak sampai seminggu pun.

Semakan lebihan bayaran balik pinjaman PTPTN

Bila boleh buat tuntutan lebihan bayaran balik pinjaman PTPTN ini? Oh! bila kita telah selesai membayar pinjaman tersebut. Mula-mula perlu dahulu dapatkan surat penyelesaian hutang (SPH) seperti yang ibu telah kongsikan di dalam entri terdahulu.

Setelah SPH telah dikeluarkan, kita boleh terus menyemak lebihan bayaran sekiranya ada di link seperti di bawah.

SEMAKAN LEBIHAN BAYARAN BALIK PINJAMAN PTPTN

Sekiranya ada lebihan bayaran, semasa semakan dibuat, akan disenaraikan pinjaman yang masih mempunyai lebihan bayaran. Untuk kes ibu, semasa semakan dibuat pada bulan lepas, terdapat dua pinjaman yang ibu boleh mintak refund.

Proses tuntut lebihan bayaran pinjaman PTPTN

Sebenarnya, bukan dua pinjaman berbeza pun, pinjaman yang sama semasa ibu menyambung pelajaran di UIA dahulu. cuma jadi akaun berbeza kerana ibu telah menukar pinjaman tersebut daripada konvensional kepada Ujrah bagi mendapatkan kadar kos pentadbiran yang lebih rendah.

Tuntut Lebihan Bayaran Balik Pinjaman PTPTN

Proses memohon lebihan bayaran balik pun senang sahaja. Hanya perlu menekan butang MOHON dan mengisi maklumat yang diperlukan. Amat penting untuk pastikan maklumat yang diisi seperti no akaun bank (sekiranya memilih cara bayaran kredit ke akaun bank) adalah tepat kerana setelah menghantar permohonan tiada lagi kemas kini dibenarkan.

7 – 14 hari bekerja

Kalau ikutnya tempoh pemprosesan permohonan 7 hari ke 14 hari bekerja tetapi bagi permohonan ibu ini tak sampai seminggu pun. Cuma 3 hari bekerja sahaja. Mohon hari Khamis, dapat bayaran pada hari Isnin depannya. Sekejap kan.

Kredit ke akaun bank. Senang Kan!

Senyum lebar juga bila menerima email pemberitahuan permohonan telah diluluskan dan wang lebihan telah dikreditkan ke akaun bank ibu. Sangat mudah kan proses tuntut lebihan bayaran pinjaman PTPTN.

 12,673 jumlah dibaca,  1 dibaca hari ini

Jom Kongsi!
Exit mobile version