Site icon Blog Ibu Mifzal

Total Lockdown 1.0 Di Malaysia

Baru sahaja Pejabat Perdana Menteri Malaysia (PMO) mengeluarkan kenyataan media YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin, mengumumkan Total Lockdown Fasa Pertama (1.0) atau Perintah Kawalan Pergerakan Penuh bermula 1 Jun hingga 14 Jun 2021.

PKP Penuh

Di saat kes baharu harian Covid 19 yang telah memcecah lebih 8000 kes pada hari ini, ibu merasakan kerajaan pada hari ini telah mengambil keputusan yang sangat wajar untuk melaksanakan total lockdown di Malaysia. Sebenarnya, ini lah yang rakyat tunggu sebagai langkah agresif untuk membendung penularan pandemik Covid 19 yang semakin sukar untuk dikawal. Ibu sangat menyokong penuh usaha ini.

Walaupun, PKP Penuh ini pasti memberi impak yang besar kepada ekonomi negara namun pilihan ini sahaja yang ada. Pada pandangan peribadi ibu, sekiranya Malaysia tidak melaksanan total lokcdown di waktu terdekat, tidak mustahil kes baharu harian Covid 10 akn mencecah lebih 10000 kes. Cadangan lockdown kendiri tidak akan tercapai sekiranya tidak disekalikan dengan arahan dan peraturan yang lebih tegas.

Berikut ibu kongsikan kenyataan media daripada Pejabat Perdana Menteri Malaysia yang bertarikh 28 Mei 2021.

 1,205 jumlah dibaca,  1 dibaca hari ini

Jom Kongsi!
Exit mobile version