Kerana tidak mengendahkan penjagaan bateri iphone 5 ibu yang telah berusia lebih 3 tahun, iphone kesayangan ibu itu sekarang sudah tidak dapat dihidupkan. Rugi sangat kerana iPhone 5 itu masih beroperasi dengan baik menggunakan perisian iOS 9. Keadaan fizikal baterinya sudah menggelembung. Nak tak nak kena tukar bateri baru juga lah. Sebelum ini ibu mengamalkan cara yang salah dalam mengecas bateri iPhone 5 itu. Biasa sangat lah mengecasnya semalaman, menggunakan telefon ketika pengecasan sedang berjalan. Kali ini, ibu kena ambik tahu tips untuk panjangkan jangka hayat bateri telefon. Tak mahu lah iPhone 6s Plus ini pula menjadi mangsa…Sayang weh! beli mahal-mahal kan.
Ibu nak kongsikan tip-tip penjagaan jangka hayat bateri telefon pintar. Bukan hanya untuk iPhone sahaja tetapi juga telefon pintar berjenama lain. Untuk kita praktikkan…siapa tak sayang telefon kan…hehe
Tips Untuk Panjangkan Jangka Hayat Bateri iPhone
1. Jangan sekali- kali mengecas telefon anda semalaman. Ini boleh menyebabkan bateri telefon tersebut menjadi overheat dan kepanasan. Ia juga mengakibatkab bateri menjadi bengkak atau menggelembung
2. Cas telefon pintar iPhone anda secara penuh ( dari 0% – 100%) sekurang-kurangnya 1 kali setiap bulan.
3. Mula mengecas telefon ketika peratusan bateri tidak kurang dari 20 – 90 %. Jangan tunggu sehingga telefon kehabisan bateri. Pengecasan penuh hanya digalakkan sekurang-kurangnag sebulan sekali.
3. Digalakkan mengecas dalam keadaan airplane mode.
4. Elakkan menggunakan power bank untuk mengecas telefon. Gunakan hanya ketika kecemasan sahaja.
5. Jangan cas menggunakan power supply dalam kereta.
6. Kurangkan pengguna heavy usage (online, rakaman video dan lain-lain) ketika mengecas telefon.
7. Elakkan mengecas telefon di dalam persekitaran suhu > 35 celcius.
Jadi kalau sayang bateri telefon, kena lah amalkan tips di atas ini. Insya Allah, ibu akan cuba amalkan sebab dah serik juga bateri iPhone 5 tu rosak sebab tak ambil berat tentang penjagaan bateri telefon ni. Bila dah rosak nak kena tukar pula. Rugi je buang duit kan!!
Sebagai tambahan, boleh juga baca artikel ini di laman sesawang Apple :
Batteries – Maximising Performance
1,453 jumlah dibaca, 1 dibaca hari ini