Site icon Blog Ibu Mifzal

Terasa Seperti Syok Sendiri Pula :p

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Minggu ini minggu sibuk ibu. Kelam kabut rasanya menyiapkan task bagi mengadakan program Kursus Khas Peserta Azam Tani 2012 anjuran pejabat ibu ini. Al-maklum lah, kakitangan di pejabat ini tidak ramai, jadi tugas-tugas yang perlu disiapkan tak dapat banyak dibahagikan. Walaupun begitu, dalam kelam-kabut itu, mujurlah, hampir 90% sudah siap. Ibu sebagai penyelaras program kursus ini. Perasaan gementar ada selagi kursus belum berjalan. Semoga ia berjalan lancar seperti yang dirancangkan.

Berkaitan dengan tajuk, memang terasa seperti syok sendiri pula, kerana di dalam kursus ini, ibu bukan sahaja sebagai penyelaras kursus tetapi turut menjadi panel penceramah juga. Ini bakal menjadi pengalaman pertama ibu sebagai panel penceramah setelah menghadiri kursus Training Of Trainers (TOT) di Pan Pasific Hotel, KLIA tempoh hari. Nak tergelak pun ada juga, Ketaq lutut pun ada juga, macam mana lah agaknya respond peserta bila tengok, ibu pun sibuk nak bagi ceramah juga..hehe..tak apa lah, ilmu yang ada haruslah dikongsikan.

Dalam kelam-kabut menyiapkan program kursus, ibu juga masih lagi kelam kabut menyiapkan slide untuk slot ceramah ini. Tajuknya? “Pengurusan Kewangan Peribadi Secara Berhemat”. Golongan sasar kursus ini adalah peserta-peserta Azam Tani (peserta e-kasih yang berstatus miskin tegar & miskin). Kira modul ini memang sangat bersesuai untuk mereka setelah para peserta ini mendapat bantuan peralatan untuk menjalankan kegiatan ekonomi yang mampu menjana pendapatan dan meningkatkan taraf hidup mereka.

Sebenarnya bukan untuk mereka sahaja, kita ini pun perlu tahu atau belajar bagaimana menguruskan kewangan peribadi kita secara berhemat kan. Supaya kita dapat mengurus kewangan kita dengan sebaiknya.

ps : Apa pun, dalam gementar, ibu pun sangat tidak sabar untuk menghabiskan kursus ini. Lepas ini nak pulun bercuti pula. Hujung-hujung tahun ini adalah waktu sibuk, kalau dapat bercuti memang terasa nikmatnya 😀

 1,131 jumlah dibaca,  1 dibaca hari ini

Jom Kongsi!
Exit mobile version