Site icon Blog Ibu Mifzal

Tawaran Pinjaman Boleh Ubah (PBU) JPA

Semalam, ibu memandu sendirian ke Putrajaya untuk menghadiri taklimat berkaitan tawaran Pinjaman Boleh Ubah (PBU) JPA bagi Sesi 2012/2013 di Auditorium, JPA. Alhamdulillah, perjalanan pergi dan balik ibu lancar. Walaupun tidak pernah menjejakkan kaki ke Komplek Pentadbiran Kerajaan Persekutuan itu, namun ibu berjaya sampai mengikut waktu dengan bantuan aplikasi Android Sygic GPS yang ibu pasang dalam Cik Note.

Taklimatnya sekejapan sahaja. Tak sampai tengahari dah habis. Ketika taklimat, serasa sudah memahami apa yang perlu dibuat. Tetapi bila membelek-belek surat perjanjian PBU dan dokumen-dokumen yang diperlukan, Eh!! banyak pula persoalan yang timbul. Hehe..itu lah, masa taklimat tak dengar betul-betul. Ibu tepuk dahi sendiri 😀

Surat Pejanjian dan dokumen berkaitan perlu disiapkan dengan segera. Aduhai, pasti seminggu dua ini, sibuk menguruskannya.Garu kepala juga, bila kena dapatkan dua orang penjamin. Dan, semestinya Abah Mifzal hendak atau tidak perlu menjadi penjamin pertama. Ada sesiapa yang sudi jadi penjamin kedua? hehe. Apa pun, ini pengalaman baru ibu, sebelum ini tak pernah uruskan hal-hal sebegini.

Tajaan 4 Tahun

Yang, seronoknya, yuran dua semester lepas yang ibu bayar sendiri dulu, ibu boleh claim balik dengan UUM. Kira tajaan JPA ni dalam tempoh 4 tahun bermula dari semester pertama tahun lepas. Banyak juga, hampir RM4000 juga boleh claim. Alhamdulillah. rezeki..rezeki. Boleh buat beli handphone laptop baru :D.

Dan yang lagi seronok, diskaun bayaran balik sebanyak 75% dari jumlah PBU JPA ini jika menepati syarat-syarat yang di tetapkan. Antara syarat yang ditetapkan ialah CGPA atau PMK perlu 2.75 ke atas, pengajian di peringat ijazah sahaja (Diploma tidak termasuk) dan tamat pengajian dalam tempoh penajaan dan tiada perlanjutan. 

PBU JPA ini tidak dikenakan sebarang faedah seperti PTPTN (1%) atau pinjaman – pinjaman pendidikan yang lain. Malah jika cukup syarat boleh memohon diskaun 75% lagi. Lega!! kalau kena bayar pun tak adalah banyak seperti PTPTN kan.

Kepada yang nak memohon PBU ini, kena alert juga sebab iklannya keluar pada bulan 10 setiap tahun dan kena mohon melalui talian di website http://esilav2.jpa.gov.my.

 2,069 jumlah dibaca,  1 dibaca hari ini

Jom Kongsi!
Exit mobile version