Tarikh keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi tahun 2012 dijangka dapat disemak pada 20 Mac 2013 ini. Pasti adik-adik yang ambil peperiksaan SPM tahun lepas dah kecut perut ni. Mak-mak, ayah-ayah pun sama terasa kan. Anak saudara ibu ada dua orang yang ambil SPM pada tahun lepas. Selamat mendapat keputusan yang cemerlang 😉 Mesti berdebar menantikan keputusan SPM 2012 ini.
Cara Semakan adalah seperti berikut :-
BACA INI : Takwin Peperiksaan 2012 (UPSR, PMR, STAM, SPM, STPM & MUET)
1. Secara Manual
- Calon-calon boleh mengambil keputusan peperiksaan di sekolah masing-masing pada 20 Mac 2013 bermula jam10.00 pagi.
2. Secara Online
- Buka ke laman Sesawang SAPS
- Tekan butang (Warna Hijau) Semakan Ibu Bapa.
- Masukkan Nombor Kad Pengenalan atau Sijil Surat Beranak
- Pilih Sekolah Rendah
- Pilih Tahun
- Tekan butang Semak Laporan.
2. Secara SMS
Dengan menaip SPM [No. KP] {Angka Giliran] hantar ke 15888
Contoh : SPM 950101010101 AB0001A001
*Nota : Setiap SMS akan dicaj RM0.35 sahaja oleh penyedia Telco masing-masing
2,225 jumlah dibaca, 1 dibaca hari ini