Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera
ibu baru balik dari Taska Permata SUK Negeri Perak di Pekan Tapah ni..x jauh pun dari office ibu, lebih kurang 3 km je..
hari ini adalah hari pertama Mifzal Arsuad bersekolah di Taska Permata SUK Negeri Perak, Tapah bagi tahun kedua..Mifzal dah pun memulakan sesi pembelajarannya secara formal di taska ini dari pertengahan bulan April 2011. Kiranya tahun ini adalah tahun kedua taska ini beroperasi. Alhamdulillah.. Mifzal Arysad masih ada rezeki utk menyambung pembelajarannya di sini..kalau ikutkan, akhir tahun lepas..ibu ada menerima surat daripada pihak pengurusan taska yang mengatakan Mifzal Arsyad sudah tidak layak untuk belajar di taska ini..mmg sebenarnya x ikut syarat pun masa masuk tahun lepas…diterima masuk dulu pun sbb nak cukupkan org..seingat ibu..masa mula2 taska ini beroperasi hanya ada 12 orang kanak-kanak je mendaftar berbanding qouta seramai 30 orang..dah rezeki Mifzal Arsyad untuk belajar lagi disini, hari terakhir tahun 2011, ibu menerima SMS daripada pendidik (cikgu) di taska memaklumkan anak ibu masih layak belajar di situ, ia adalah disebabkan arahan daripada pihak atasan yang membenarkan pelajar lama menyambung pembelajaran mereka di taska ini. ya la, alang2 dah belajar setahun kan..sambung je la sampai abih (4 tahun). ibu pun dah hantar dah borang ke tadika kemas yang dekat nga opis ibu ni….so terpaksa la cancel hantar tadika..
untuk makluman taska ini hanya menerima kanak2 berumur 2 tahun hingga 4 tahun sahaja..ianya dibuka kepada ibu / bapa yang berkerja sebagai penjawat awam..sbb ada ramai juga yang bertanyakan kepada ibu cemana nak masuk taska ini, apa syarat kelayakkannya..Taska Permata SUK Negeri Perak ni..bukan lah taska atau pusat asuhan semata-mata tetapi modul pengajaran dan pembelajaran yang teratur turut diselitkan..mengikut silibus pengajaran dan pembelajaran Pusat Anak Permata Negara (PAPN). Kanak-kanak di sini dibahagikan mengikut umur, 2 tahun, 3 tahun dan 4 tahun. Pembelajaran merangkumi bidang bahasa, komunikasi, literasi awal, deria dan dunia pemahaman, kreativiti dan estetika, perkembangan fizikal, awal matematik dan pemikiran logik serta sahsiah sosio-ekonomi dan kerohanian. pada ibu bagus kalau ada peluang hantar anak ke sini..
ibu sebenarnya dari Mifzal Arsyad berumur 2 tahun lagi sudah mula mencari taska atau tadika yang sesuai utk membolehkan Mifzal Arsyad mendapat pendidikan yang formal. Kat daerah sini, khususnya pekan Tapah ni x ada pilihan..yg ada hanya taska asuhan yang tidak berdaftar..nak x nak hantar je ke pengasuh…susah hati juga dulu..nasib baik lah masa umur Mifzal Arsyad 3 tahun, Taska Permata SUK Negeri Perak ni dibuka..
oklah..ibu nak kongsikan kemeriahan sesi pendaftaran taska pada pagi tadi..pendaftaran utk kanak-kanak baru dan lama…macam2 ragam ada..bukan budak baru je meragam..tp budak lama pun sama..Mifzal Arsyad pun td kemain susah nak kejutkan pagi..katanya “adik mengantuk, adik nak tidur”
muka budak rambut cacak yang kena paksa bergambar…hehe
sarapan time..belum baca doa lg, Mifzal Arsyad dah makan..hehe
ps : seronok tengok anak dah bersekolah..
1,734 jumlah dibaca, 1 dibaca hari ini