Walau pun susah tapi ibu tetap bersyukur bila mana traffic blog semakin meningkat. Jealous lah ibu tengol trafik blog kawan-kawan semua. Sehari saja UV (Unique Visits) sudah ribuan. Belum lagi kira PV (Pageviews). Pasti sudah capai puluhan ribu kan. Itu tidak mustahil ada yang cecah ratus ribu sehari. Tambah-tambah blog yang memang famous. Aduhai, blog ibu, susahnya nak capai target pageviews.
Kalau ikut sejarah blog ini dah lama juga berblog tetapi trafik blog cuma macam biasa-biasa sahaja. Huhu, nak tengok sehari dalam 100 unique visitors pun susah. Huhu, ya lah, mungkin content blog ini biasa-biasa juga sahaja. Macam owner blognya juga. Hehe. Mungkin disebabkan ibu lebih suka bercerita tentang perihal keluarga, personal, kerja dan lain-lain berkaitan diri sahaja. Yang berkaitan dengan isu-isu semasa sangat-sangat jarang ibu ulas. Idea kurang lah nak ulas isu semasa. Lagi pun, tak ambil berat juga.
Mencuba Capai Target Pageviews
Oleh kerana teringin juga hendak merasa trafik kencang, jadi ibu pun google lah mencari info dan tip-tip yang dikongsikan oleh blogger otai untuk ibu buat rujukan menambah trafik bloh. Walau pun banyak yang ibu tidak paham tetapi ibu cuba juga. Untuk permulaan, Ibu banyakkan entry mengenai isu semasa dan hal-hal lain yang jarang ibu kongsikan di blog ini. Kemudian, ibu letak target. Target ibu, sekurang-kurangnya untuk mendapat dapat 700 unique visits dan 3500 pageviews dalam sehari. Hehe, kenapa target sedikit sangat? Aduhai, mana boleh terus letak target tinggi. Kalau tak capai buat malu sahaja. Hehe. Yang sedikit pun susah nak lepaskan.
Jadi, setelah bereksperimen. Trafik pada minggu lepas telah meningkat seperti yang ibu tunjukkan di dalam gambar di atas. Haha. Malu sebenarnya nak tunjuk sebab tidak adalah banyak mana pun. Tapi, ini ibu nak buat catitan untuk ibu dan untuk menaikkan semangat berblog ibu yang kian suram. Hehe.
Okay, berdasarkan gambar statistik Nuffnang selepas ibu bereksperimen dengan entri-entri isu semasa. Memang nyata, isu semasa dapat meningkatkan trafik bloh. Kiranya, target ibu untuk dapatkan 700 UV sehari dah tercapai. Kerana ada hari yang sudah cecah lebih 1000 UV. CUMA, yang susahnya nak lepas target pageviews. Yang paling tinggi boleh dapat adalah hari semalam dalam 2700 PV lebih sahaja. Jadilah kan, untuk permulaan. Jom, kita teruskan eksperimen. 😀
1,116 jumlah dibaca, 3 dibaca hari ini