Site icon Blog Ibu Mifzal

Sistem Pertukaran Guru (e-GTukar) Sesi Januari 2012 Dibuka 1 – 30 September 2011

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Akhirnya, akan dibuka pun sistem e-GTukar ni..lama dah tunggu dr bulan 6..ya lah sejak tahu permohonan pertukaran abah yg lepas x diproses pun oleh PPD..so kali ni kena apply la lagi..mengikut sumber dalaman PPD, pegawai yg uruskan permohonan pertukaran dah pun kena tukar, mungkin sbb kualiti kerja yg teruk kot..ya la mana x teruk..semua permohonan pertukaran dari cikgu2 di sekolah daerah sini x diproses n di hantar ke Kementerian..mmg patut la kena tukar kan…so kawan ibu yg kat PPD tu mmg galakan abah Mifzal memohon pertukaran utk kali ni..

Pemberitahuan

Permohonan Pertukaran Guru Antara Bahagian / Negeri, Antara Daerah dan Dalam Daerah bagi pertukaran sesi Januari 2012 untuk DGA 29, DGA 32 (KUP time based), DG 41, DG 44(KUP time based) dan DG 48 (KUP time based) dibuka mulai 1 hingga 30 September 2011.

Keputusan Permohonan pertukaran Guru Sesi Januari 2012 dijangka dikeluarkan mulai 14 November 2011.

Sila ambil maklum bahawa tiada peruntukan disediakan bagi tuntutan elaun pertukaran untuk sesi Januari 2012.

Sila semak maklumat anda melalui laman web e-GTukar. Sekiranya terdapat sebarang pindaan yang perlu dibuat, Sila berhubung dengan pegawai unit Menengah / Rendah di Pejabat Pelajaran Daerah atau Jabatan Pelajaran Negeri dengan segera sebelum sesi pertukaran bermula.

Jika masih menghadapi masalah untuk membuat permohonan e-GTukar,

sila hubungi Pejabat Pelajaran Daerah atau Jabatan Pelajaran Negeri masing-masing (dapatkan no. telefon di “Bantuan”)

Sekian dimaklumkan.

so..pada cikgu2 yg nak memohon pertukaran bagi sesi Januari 2012 ni leh la berbuat demikan di e-GTukar

ps : hope kali ni ada rezeki abah utk tukar sekolah..jenuh dah berulang hari2….huhu

 951 jumlah dibaca,  1 dibaca hari ini

Jom Kongsi!
Exit mobile version