Site icon Blog Ibu Mifzal

Siaran Langsung Piala AFF Suzuki 2012 (Malaysia Vs Indonesia)

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera.

Pasti ramai peminat bola sepak tanah air yang menanti-nantikan perlawanan di antara Harimau Malaya menentang Garuda di Piala AFF Suzuki 2012 yang akan berlangsung pada malam ini jam 8.40 malam di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Piala AFF Suzuki 2012

Perlawanan yang masih di peringkat kumpulan ini amat penting bagi pasukan Malaysia untuk menang dan seterusnya melayakkan pasukan Malaysia ke peringkat separuh akhir yang sebelum ini telah menyaksikan Malaysia tewas dengan Singapura dan menang bergaya dengan Loas.

Ibu, sudah pasti menempah tempat di hadapan televisyen malam ini, setelah 2 perlawanan sebelum ini tidak sempat ibu saksikan dek kesibukkan.

Harapan

Harapan ibu dan seluruh peminat bola sepak tanah air agar Harimau Malaya memperolehi kemenangan pada malam ini. Jom sama-sama kita sokong pasukan Malaysia pada malam ini. Sila klik link di bawah untuk menonton.

Siaran Langsung Piala AFF Suzuki 2012 (Malaysia vs Indonesia)

 809 jumlah dibaca,  1 dibaca hari ini

Jom Kongsi!
Exit mobile version