Site icon Blog Ibu Mifzal

Setelah 2 Tahun Berblog

Sedar tidak sedar, sudah pun dua tahun, ibu berkecimpung di dalam dunia blogging. Amboi, berkecimpung itu. Haha. Rasa seperti semalam baru berjinak-jinak dengan blog. Rupanya sudah masuk dua tahun lebih bersama dengan blog ini. Kawan-kawan pun pasti rasa begitu juga kan. Yang mana sama-sama bermula dulu dengan kisah yang masing-masing ingin kongsikan. Di sini juga, ibu ingin kongsikan cerita ibu setelah 2 tahun berblog. Ada manis, ada masam dan pahitnya.

Umur blog Ibu Mifzal

Kisah bermula dari Fotopages, kemudian ibu beralih kepada Blogspot dan masih lagi setia dengan Blogger walaupun dah mempunyai domain sendiri. Bermula juga dengan domain http://aineyazarin.fotopages.com, selepas itu, beralih pula kepada http://ibu-mifzal-abah.blogspot.com, kemudian http://keluarga-mifzal-arsyad.com.com dan http://www.keluarga-mifzal-arsyad.com. Kekal sehingga kini dan domain keluarga-mifzal-arsyad.com ini juga telah berusia setahun. Ah! baru setahun – dua jagung. Hehe.

Suka untuk ibu kongsikan apa yang ibu telah perolehi dengan blog ini. Walau pun tujuan utama bukanlah kerana duit. Tetapi, mungkin kini ia adalah satu tujuan juga di dalam  berblog.

BACA INI : Berblog Walking & Satay Ikan Vs Lokcing

Apa Pencapaian Yang Diperolehi Setelah 2 Tahun Berblog?

Sebenarnya, ibu berblog ini hanya untuk suka-suka sahaja. Hanya untuk berkongsi saat manis ketika bergelar isteri dan ibu. Paling seronok bercerita mengenai anak comel ibu, Mifzal. Selain itu, ibu juga gemar untuk berkongsi ilmu yang ada dan juga mencari ilmu. Banyak ilmu yang bagus yang ada di dunia maya ini yang boleh digunakan dan dipraktikkan di dalam kehidupan seharian.

Kejar Duit?

Bukan begitu sebenarnya, Duit itu hanyalah sampingan. Bukan tujuan utama. Tetapi kalau ada rezeki, apa salahnya kan. Kalau ada rezeki yang diperolehi dari blog pun bukanlah pendapatan utama. Ibu still kena berkerja sepenuh masa untuk memenuhi keperluan peribadi dan keluarga ibu. Pendapatan dari blog pun bukan banyak. Pada ibu, itu boleh lah juga dijadikan satu semangat untuk terus berblog. Sekurang-kurangnya bergaji juga, boleh simpan untuk buat bayar domain nanti. Apa pun, ibu lebih prefer keseronokan berblog daripada keseronokan mengejar keduitan. Hehe, namun terus terang ibu katakan, tidak menjadi kesalahan pun kalau ada blogger yang menjadikan punca pendapatan utama dengan berblog. Dah, itu rezeki dia kan. Next time, mungkin kita pula. Hehe.

Ranked?

Setelah 2 tahun juga, ranking blog ini sudah berubah. Daripada status NOT RANKED kepada status bernombor. Alhamdulillah, ada juga satu pencapaian yang boleh dibanggakan. Walau pun, masih tak sehebat dengan otai blogger yang dah lama berkecimpung dengan dunia blog ini, namun ada juga yang berblog tak sampai setahuntapi dah famous. Tapi, blog ibu ini seperti masih panjang perjalanannya.

Kawan-Kawan?

Means followers lah itu. Dahulu daripada 0 follower kepada lebih 200 followers sudah. Terima kasih kepada yang sudi mengikuti blog ini. Mungkin juga ada yang tak sempat ibu follow balik. Sorry ya! Kalau sudi sila remind ibu di entri ini ya. Kadang-kadang ibu terlepas pandang. Bukan apa, bimbang ibu tak perasan pula kalau remind di entri lain. Sekali lagi terima kasih yang tidak terhingga kerana menjadi kawan-kawan yang setia menjengah blog picisan ini.

Traffics?

Haha. Paling malu ibu hendak ceritakan. Nama pun blog picisan kan. Pastilah tidak sehebat blog yang famous. Tetapi, ada lah sedikit peningkatan dari tahun-tahun sebelumnya. Kalau dahulu, nak cecah sehari 10 hingga 20 orang pengunjung pun susah. Tapi, sekarang ini, ada juga masa-masa nya yang lebih daripada 100 unique visitor sehari. Terima kasih ya. Mungkin juga ada yang terdetik. Hehe, “apa barang, dah 2 tahun berblog tapi visitors tak sampai 100 sehari!!” Haha, tak kisah lah kan. Bagi ibu, dari tak ada langsung, ada juga yang kurang 100 unique visitors yang sudi jenguk blog ini. Ya lah. ibu tak boleh paksa orang suka blog ibu. Tapi, ibu cuba lah improve blog ini sedikit demi sedikit untuk menarik lagi minat pembaca. Tapi ingat, ibu berblog hanya untuk keseronokan sahaja dan tak ada target khusus. Mungkin lain kali. Hehe.

 1,067 jumlah dibaca,  2 dibaca hari ini

Jom Kongsi!
Exit mobile version