Tahun ni raya giliran di kelantan. Semua adik beradik ada kecuali kakak ibu yang tinggal di Penang. Tahun ini tidak dapat balik beraya di kampung kerana suaminya berkerja. Kami bertiga, balik ke kampung halaman ibu di Kelantan pada 28 September 2008 (Ahad). Pagi-pagi lagi sudah bertolak dari rumah mertua di Trolak.
Baby Mifzal dalam kereta, ya Allah, semua benda hendak dicapai. Tidak duduk diam budak kecil seorang ini. Lepas itu, bila hendak tidur, meragam. Biasa Baby Mifzal tidur di dalam buai. Ini juga merupakan pengalaman pertama Baby Mifzal berjalan jauh.
Beraya Di Kampung
Tiba di kampung lebih kurang jam 4.30 petang. Bila di kampung, seronok lah Baby Mifzal kerana ramai mak-mak saudaranya duduk melayan dia berdukung. Ibu lah yang letih selepas ini, nanti Mifzal minta dukung saja bila dah balik Perak. Hehe.
Ramai-ramai berkumpul memang meriah. Lagi teruja sebenarnya sebab ini raya perrtama kami sebagai sebuah keluarga. Kehadiran Baby Mifzal di dalam hidup ibu dan Abah Mifzal sangat-sangat menceriakan suasana.
Ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri Daripada Ibu, Abah dan Baby Mifzal buat semua pembaca Blog IbuMifzal.Com
931 jumlah dibaca, 1 dibaca hari ini