Senyum lebar ibu semalam, ya lah gaji dan bonus dah masuk. Kira musim kemarau dah lepas lah. Masuk musim banjir pula. Hehe, macam lah banyak sangat ibu dapat bonus tapi kalau campur dengan bonus Abah Mifzal, nilainya boleh lah. Hehe. Oleh kerana banyak barang dapur dan barang keperluan Mifzal yang dah sampai tahap nak kering dah. So, ibu, Abah Mifzal dab Mifzal sekali lagi meronggeng di Tesco Kampar. Itu sahaja pasaraya besar yang terdekat dari rumah kami (kalau kira jarak kilometer, tak dekat juga).
Tak ada lah banyak mana ibu memborong, barang sikit sahaja tapi nilainya boleh tahan juga. Dalam tak banyak barang itu pun habis juga dekat RM400.00. Huhu, itu lah kan, kalau dapat duit ini sekejap sahaja habisnya. Nak dapat kemain menunggunya. Bila dah dapat, licin dalam sekelip mata. Aduhai, lagi satu kan, bila lah barang nak turun harga. Minyak dah turun pun harga barang still tak turun. Ada setengah-setengah barang makin naik adalah kan. Nasib lah, nak buat cemana kan. Kita yang berpendapatan sederhana ini lah yang sangat terasa bebannya. Huhu, malas lah ibu nak komen panjang-panjang pasal isu ini. Jauh perginya kan! So, layan gambar dulu, layan yang mana ada saja lah ya!
Hehe. Tak banyak pun gambar. Ini sahaja gambar yang ibu sempat ambik. Barang-barang lain semua ada lagi. Tapi barang-barang biasa saja.
Lampin Pakai Buang
BACA INI : Hadiah Daripada Huggies
Diapers Huggies Ultra dalam gambar atas itu bukan antara barang-barang yang ibu beli semalam. TakĀ termasuk dalam list barang yang hendak dibeli pun. Tetapi, diapers ini yang ibu dapat free 9 packs masa bulan OKtober tempoh hari. Masih ada 5 packsĀ lagi yang belum dibuka.
Sebenarnya, ibu cuma nak cerita tentang harga diapers Huggies ini yang ibu tengok di Tesco Kampar semalam. Dah puas ibu survey harga Huggies Ultra ini, tapi tak jumpa, cuma semalam baru jumpa. Di Tesco, harganya ialah RM51.30 untukĀ L54, huhu. Mahal sungguh!. Kalau stok Huggies Ultra free ini sudah habis, memang ibu tak mampu beli. Sebab harganya mahal. Lepas ini, Mifzal pakai balik lah brand Tesco Choice yang sebelum ini Mifzal pakai. “Maaf ya Mifzal, ibu tak mampu nak beli pampers semahal itu.” Lagipun ibu rasa Mifzal macam tak sesuai lah pakai Huggies Ultra ini, selalu kena ruam. Habis merah-merah. Lepas sapu ubat Drapolene, baru ok. Selepas itu pula, tal boleh lama pakai. Kebiasaannya seperti yang diberitahu, Huggies ultra ini tahan selama 8 jam atau 8 kali basahan. Tetapi, Mifzal pula, semalamam pakai 2 keping Huggies diapersĀ ini. Maksudnya, 6 jam baru ibu tukar. Kira tak sampai 8 jam tapi ruam dah naik. Mungkin kulit Mifzal tak sesuai pakai Huggies Ultra yang mahal ini, sebab dulu masa pakai diapers jenama yamgg murah, kulit Mifzal ok sahaja. Memang tak pernah kena nappy rashes,Ā kecuali masa pakai brand Pet Pet dulu. Itu pun sekali sahaja. Selepas itu tak ada dah. Dan, Bila pakai Huggies ini kena semula nappy rashes. Kasihan Mifzal., Bila kena air saja rashes dia tu. Menjerit, menangis. Mesti rasa pedih sangat tu. Huhu, Tapi apa-apa pun ibu tetap syukur, dah rezeki dapat Huggies mahal yang free dulu. Sekurang-kurang lebih RM500 lebih ibu dah jimat kan. Cuma selepas ini mungkin ibu beli pampers yang sesuai dengan Mifzal walaupun harganya lebih murah. “Tak apa ya Mifzal pakai yang murah sahaja”.
1,756 jumlah dibaca, 1 dibaca hari ini
harga brg skrg mmg mahal. rm50.. tak nampak apa pun. ni pun dh ura2 harga minyk nak naik semula.. huhuhu!!! kalau belanja bulanan tu, selain brg2 dapur… yg penting jugak susu anak + diapers anak.
hugies pepel ni..mahal giler ah… yg merah pun lom tentu mampu beli kehkehkeh!! aku beli yg kaler biru jek. idak ler mahey bebenor.. buleh la…
WUHUUUUUUUUUUU
LEBATTTTT
LEBATTTTT
LEBATTTTT
bila nk banje aku ni???
meh la turun sini doluā¦hehe