Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera
Status permohonan BR1M sudah boleh disemak bermula 16 Januari 2012. Bantuan ini akan di edarkan secara berperingkat di seluruh negara bagi permohonan yang lulus bagi memastikan supaya tiada keciciran dan kehilangan yang berlaku.
Cara Menyemak Status Permohonan BR1M
Pemohon boleh membuat semakan dengan mendail no talian hotline: 1-800-222-500 / 1-300-88-3010 mulai 16 Januari 2012 jam 9:00 pagi hingga 5:00 petang.Talian hotline akan beroperasi setiap hari berkerja selama 2 bulan.
Makluman Bayaran
Permohonan yang lulus atau berjaya akan menerima surat maklumkan melalui pos. BSN,CIMB dan Maybank akan menyediakan kaunter bank bergerak puntuk memudahkan tebusan baucer bayaran BR1M. Baucar BR1M juga boleh ditunaikan di cawangan bank seluruh Malaysia.
Tempoh Penyerahan Borang Dilanjutkan
Tempoh penyerahan borang BR1M itu dilanjutkan selama satu bulan lagi sehingga 10 Februari depan.
Rayuan Permohonan
Rayuan boleh dibuat dengan menggunakan borang khas yang boleh diperoleh di pejabat LHDN, agensi kerajaan berkaitan atau dimuat turun menerusi laman web www.treasury.gov.my
sumber : timugon.com
ps : x layak mohon pun 🙁
1,056 jumlah dibaca, 2 dibaca hari ini