Site icon Blog Ibu Mifzal

Selamat Tinggal Blogspot

Kalau baca tajuk macam merajuk pada blogspot sahaja. Tapi tidak. Blogging macam sudah jadi darah daging. Berblog sahaja pun. Poyo lah ibu ini. Hahah. Berblog memang tetap berblog walaupun jarang sudah kerana update blog. Tapi, cuma lepas ini blog ini, sudah tidak lagi menggunakan platform Blogger. Hehe. Selamat tinggal blogspot. Dan selamat datang WordPress.

Kini Ber”WordPress

Sekarang ini ibu telah menggunakan platform WordPress. Namun, masih lagi menggunakan domain asal www.keluarga-mifzal-arsyad.com (domain ini tak boleh diubah, hehe). Okay, sudah kenapa ibu tidak mahu lagi menggunakan blogger atau lebih dikenali sebagai Blogspot? Sebab? Ibu saja nak beralih angin. Oleh kerana sudah lama ibu menggunakan Blogspot. Jadi, apa salahnya ibu cuba menggunakan WordPress pula kan. Ibu nak lihat yang mana lebih friendly dan mudah untuk digunakan.

Selamat Tinggal Blogspot, Selamat Datang WordPress

Tetapi kan, rata-rata yang ibu lihat blog yang menggunakan platform WordPress ini, sangat nice pada pandangan mata. Terutamanya dari segi layout. Bukanlah nak kata Blogspot punya layout itu tak cantik. Platform Blogger atau Blogspot ini pun okay juga. Cuma, untuk proses ubah suai atau customization template atau theme itu, untuk WordPress adalah lebih senang berbanding dengan Blogspot. Apa pun, sebenarnya ia adalah depend pada owner blog tersebut yang pandai susun atur blognya. Tak berserabut seperti blog ibu ini. Sebab itulah, ibu ingin berjinak-jinak dengan WordPress pula. Terutama yang versi self-hosted. Mungkin ini satu permulaan ibu untuk ke hadapan dalam bidang blogging. Insya Allah.

Okay, blog ibu kali ini, ibu inginkan yang simple sahaja. Sudah muak dengan background yang blink-blink or glitter. Ibu hanya mahukan yang simple tapi nice untuk mata memandang. Hehe, tapi yang ibu sedang duduk godek-godek theme WordPress ini, tak tahu lah jadi nice ke tidak. Haha. Apa-apa saja lah. 😀

 850 jumlah dibaca,  1 dibaca hari ini

Jom Kongsi!
Exit mobile version