Site icon Blog Ibu Mifzal

Resipi Nasi Goreng Kampung Versi Ibu Mifzal

Ibu memang pengemar nasi goreng kampung. Tapi, siapa yang tak suka nasi goreng kampung? Ada ke yang tak suka? Versi resipi nasi goreng ini ibu jenis yang simple sahaja. Kira senang nak dibuat dan cepat siap.

Kegemaran ibu

Namun apa yang penting, bagi ibu, memasak nasi goreng kampung lebih sedap sekiranya bahan-bahan rencahnya ditumbuk dan tidak dikisar. Bahan yang ditumbuh ada aroma tersendiri selain ibu tidak gemar sekiranya tekstur bahan tumisnya hancur. Lebih suka jika ditumbuh separa hancur.

Untuk memudahkan lagi cara memasak, ibu sebenarnya suka menggunakan bahan perisa seperti kiub ikan bilis berbanding menggunakan garam, ajinamoto dan gula. Malas nak pening-pening untuk menyukatnya. Tetapi pernah juga, jika masa kehabisan stok kiub ikan bilik ibu, terpaksalah perisakan dengan garam. Mujur menjadi juga. Hehe. Nasi goreng ini juga kegemaran keluarga ibu. Menyelerakan jika dimakan dengan telur mata yang telur kuningnya separa masak.

Resipi Nasi Goreng Kampung Versi Ibu Mifzal

Bahan – bahan :-

3 cawan Nasi Putih
5 ulas Bawang Merah
2 ulas Bawang Putih
1 genggam Ikan Bilis (rendam di dalam air)
10 biji Cili Padi Hijau
3 biji Kiub Ikan Bilis Knorr
3 biji Telur Minyak untuk menumis

Cara Membuatnya :-

1. Tumbuk cili padi, bawang putih, bawang merah dan ikan bilis.
2. Panaskan minyak masak dan tumiskan bahan-bahan yang sudah ditumbuk.
3. Kemudian, masukkam kiub ikan bilis. Sekiranya tidak mahu menggunakan kiub ikan bilis, bolehlah diperisakan dengan garam.
4. Masukkan telur. Biarkan ketika. Kemudian, masukkan nasi dan gaul rata.
5. Setelah masak, boleh dimakan dengan telur mata.

BACA INI : Resipi Keropok Lekor Kegemaran Ibu

Nasi goreng kampung versi Ibu Mifzal ini juga sangat digemari oleh Mifzal. Anak ibu selalu request pada ibu untuk masakkan nasi goreng ini. Bila mintak nasi goreng, memang nasi goreng seperti ini sahajalah yang ibu masak, kerana ibu kurang gemar sekiranya sekiranya menggunakan cili kering untuk mengoreng nasi.

Anak ibu bertambah selera jika nasi goreng ini dimakan bersama telur mata versi kegemarannya iaitu telur mata yang ada air telur, maksudnya kuning telur yang masih cair. Ibu pula mesti telur kuningnya masak garing :p

 2,590 jumlah dibaca,  2 dibaca hari ini

Jom Kongsi!
Exit mobile version