Site icon Blog Ibu Mifzal

Resipi Cucur Kentang @ Potato Fritters

Selongkar peti ais, nampak ada 2 biji kentang. Terpikir pula nak buar cucur kentang atau potato fritters. Ada ibu tengok resipi dalam facebook. Terliur pula. Tapi yang ibu buat ini ibu dah olah guna cara ibu, almaklumlah tak cukup bahan…hehe…sila abaikan rupa cucur yang agak tidak menarik..hehe :p

Potato Fritters

Resipi Cucur Kentang @ Potato Fritters

Bahan-bahan :-

3 biji Ubi Kentang (ibu guna 2 biji je)
3 sudu makan Tepung Jagung (ibu guna 2 sudu makan tepung beras)
4 sudu makan Tepung Gandum (ibu guna 5 sudu makan tepung gandum)
1 biji Telur
Daun Bawang (ibu guna cili hijau -buang biji)
Serbuk Lada Sulah
Garam
Minyak Masak

Cara-cara :-

Ubi kentang disagat halus.
Kemudian campurkan semua bahan dan gaul sebati.
Panaskan minyak dan goreng hingga kekuningan.
Sedap dimakan dengan sos pencicah.
 

BACA INI : Resipi Puding Gula Hangus Tanpa Telur

Cucur ini enak jika dinikmati ketika masih panas. Krup..krup mengigitnya. Ibu pun tak sangka yang cucur ini sangat sedap walaupun diperbuat daripada kentang. Biasa cucur ini sinonim dengan tepungkan namun kali ini bahan utamanya adalah kentang. Jadi, tak rugi mencuba resipi ini. Pasti sedap!

 1,610 jumlah dibaca,  1 dibaca hari ini

Jom Kongsi!
Exit mobile version