Site icon Blog Ibu Mifzal

Redeem Point Bonuslink

Kad Bonuslink ibu guna dari tahun 2010 lagi. Tapi point yang dikumpul sedikit sahaja. Dulu sekali sekala je isi minyak di Shell dan membeli-belah di Parkson. Sekarang baru ligat kumpul point. Jadi, bila cukup sahaja point yang dikumpul, ibu terus redeem point bonuslink untuk dapat hadiah secara online. Dapat lah sambar set Lunch Box Tupperware. Suka..suka sangat.

Bonuslink Redeem

Pengalaman pertama memamg buat ibu tidak sabar untuk menerima hadiah yang di “redeem“. Tiap-tiap hari semak status penghantaran. Tak lama menunggu, Pekerja SkyNet sampai depan rumah membawa hadiah yang dinanti. Senyum lebar lah ibu. Bertambah koleksi brand tupperware ibu 😀

Hadiah redeem point bonuslink ini, boleh lah digunakan untuk bawa bekal ke pejabat nanti. Itu pun kalau rajin ibu memasak sarapan pagi-pagi sebelum ke pejabat. Tetapi selalunya tak cukup  masa. Heheh.

BACA INI : Hadiah Dari Giveaway Blog Budak Felda

Set Lunch Box Brand Tupperware

 1,613 jumlah dibaca,  2 dibaca hari ini

Jom Kongsi!
Exit mobile version