Lama tidak bercerita tentang performance blog ini. Hehe. Siap ada performance tuh. Wal hal, target pun tak ada, Hehe. Apa pun, seperti yang tertera di sidebar sebelah kiri blog. Blog ibu ini sudah hampir 2 tahun 9 bulan sudah di atas talian. Tempoh yang boleh dikatakan agak lama juga kan. Tetapi kan, masa tidaklah boleh menentukan kepopularitian sesebuah blog itu. Walau pun sudah mahu hampir 3 tahun di dalam dunia blogging ini, secara realitinya, blog kesayangan ibu ini adalah blog picisan yang masih terkial-kial untuk berdiri setanding dengan blog-blog lain.
Ya!. Inilah realitinya. Tak famous pun blog ini. Tetapi tidak mengapa. Kerana blog ini bukan untuk mengejar kepopularitian. Ibu sudah cukup bangga kerana ada juga dalam 100 pembaca yang sudi singgah dan baca or even tak baca pun just blogwalking pun tidak mengapa. Ibu amat hargai kehadiran kawan-kawan semua singgah ke blog ini. Dan, ibu juga tidak menyangka masih ada lagi yang sudi mengikuti blog ini even pun blog ini seperti tenggelam timbul sahaja. Owner blog update blog ikut mood dia lah katakan. Hehe, by the way, terima kasih ya kawan-kawan. Kawan-kawan semua memang best 😀
Realitinya Akaun Nuffnang
Okay, memang menjadi kebiasaan ibu ini untuk setiap hari buka akaun Nuffnang. Ibu suka lihat bilangan visitors yang singgah di blog ini. Di samping itu, tengok juga sudah bertambah ke belum earning buffered earning (BE)? Ada BE ke tidak. Eh! semua la ibu semak. Hehe, agak mata keduitan pula ibu ini. Bukan apa, saja nak jadikan alasan as pembakar semangat dalam dunia blogging. Bila lihat ada orang baca blog kita, jadi semangat nak update blog pun jadi berkobar-kobar lah. Hehe, ya tak?
Okay lagi, sebenarnya ibu pelik juga, bila buka akaun Nuffnang sehari dua ini, dari semalam lagi analytic untuk tarikh 29hb dan 30hb Julai tidak muncul pula. Selalunya setiap hari boleh tengok analytics Nuffnang ini. Berapa visitors n pageviews. Tapi, ini sudah dua hari tidak berupdate pula. Ada yang tak kena dengan Nuffnang ke? Akaun Nuffnang kawan-kawan pun begini juga ke? Ke akaun Nuffnang ibu sahaja? Huhu. Mujur ada google analytic. Boleh lah tengok kan. Eh! macam tak boleh hidup pula tidak tengok analitik walau sehari. Blogger, blogger. Geleng kepada untuk diri sendiri. Haha.
829 jumlah dibaca, 2 dibaca hari ini