Site icon Blog Ibu Mifzal

PTPTN Bagi Wang Pendahuluan RM1500 Masuk Ke IPT

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

PUTRAJAYA: Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) memperuntukkan RM53.4 juta sebagai wang pendahuluan pembiayaan kepada 35,664 pelajar yang akan memasuki institusi pengajian tinggi (IPT) tempatan bermula 3 September depan, kata Datuk Seri Najib Razak. Perdana Menteri berkata, semua pelajar yang layak akan menerima sebanyak RM1,500 seorang, dua minggu sebelum tarikh pendaftaran kemasukan ke IPT.

“Ini adalah salah satu usaha yang mana selaras dengan prinsip pendemokrasian pendidikan. Percayalah, kerajaan akan terus membantu golongan muda kerana mereka adalah harapan negara dan kita akan melakukan yang terbaik untuk menjamin masa depan golongan belia,” katanya berucap pada majlis berbuka puasa bersama pemimpin pelajar institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dan swasta (IPTS) di Seri Perdana di sini, malam tadi.

Turut hadir, isteri beliau, Datin Seri Rosmah Mansor dan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Pemimpin pelajar mewakili 38 IPTA-IPTS dalam negara dan 30 wakil pelajar dari universiti asing turut serta pada majlis itu.

Najib yang juga Menteri Kewangan berkata, bantuan itu diberikan kepada pelajar yang keluarga mereka berpendapatan tidak melebihi RM4,000 sebulan dan yang belum pernah mendapat pembiayaan PTPTN sebelum ini.
Katanya, kerajaan sentiasa melaksanakan pelbagai program bersifat proaktif bagi memastikan masa depan golongan muda di negara ini terus terjamin dan bertambah baik.

Sebagai kerajaan prihatin yang mengutamakan kebajikan rakyat, Najib berkata, Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) tidak pernah memikirkan untuk menaikkan yuran pengajian IPT.

Najib berkata, rusuhan yang berlaku di London dan di beberapa negara Asia Barat seperti di Libya, baru-baru ini, menunjukkan bahawa golongan muda tidak diberikan peluang yang sewajarnya dalam pendidikan dan pekerjaan. – BERNAMA

Sumber : Berita Harian

Bestnya adik2 yg akan masuk belajar bulan September ni..dapat RM1500 seorang bagi memudahkan pelajar2 baru menyediakan kelengkapan untuk masuk belajar…banyak gak tu RM1500. macam adik ibu tahun lepas pun dapat gak..dua2 adik ibu Ayu & Amir dapat bila masuk UMP & UiTM tahun lepas…ibu je yg masuk UUM ni x dapat..huhu..mmg la x dapat sbb ibu belajar part time je..yg dapat hanya utk student full time je..depe x de income..

ps : huhu..kat ibu x mau bagi ke? bukan apa..yg ada income pun sengkek gak ni..semua harga barang naik..mana nak simpan duit utk belajar..mana nak guna utk belanja harian..dapat gaji skang..sekejapan dah habis..huhu..

 

 1,228 jumlah dibaca,  1 dibaca hari ini

Jom Kongsi!
Exit mobile version