Site icon Blog Ibu Mifzal

Pokemon Go Kini Hadir Di Malaysia

Ramai yang menunggu kehadiran permainan POKEMON GO di Malaysia sejak pertama kali permainan ini. Selain di Malaysia ia juga turut  dilancarkan secara rasmi di Brunei, Kemboja, Indonesia, Laos, Filipina, Singapura, Thailand, Vietnam, Taiwan, Papua New Guinea, Fiji, Kepulauan Solomon, Persekutuan Mikronesia dan Palau.

Aplikasi

Aplikasi ini merupakan permainan yang menawarkan kaedah permainan dengan integrasi dunia nyata dan maya, sekaligus memberikan pengalaman permainan yang serba-baru.

Aplikasi Pokemon Go

BACA INI : Aplikasi Upin & Ipin Versi Komputer Bakal Dilancarkan

Menggunakan aplikasi Pokemon Go ini, ia membolehkan pengguna menangkap pelbagai Pokemon yang terdapat di sekeliling berdasarkan kepada lokasi GPS, disamping turut meletakkannya pada Gym untuk bersaing dengan pasukan lain. Secara tidak langsung, ia juga turut mengalakkan pengguna untuk bergerak dan bersenam dengan berjalan dari satu lokasi ke lokasi yang lain – tetapi seperti biasa, pengguna dinasihatkan untuk berhati-hati ketika berjalan di luar, serta peka dengan keadaan sekeliling.

Versi iOS
Antaramuka permainan

Kepada yang tidak sabar-sabar lagi untuk bermain aplikasi ini, boleh lah memuat-turun permainan ini melalui pautan di bawah :-

App Store – iOS

Google Play – Android

 995 jumlah dibaca,  1 dibaca hari ini

Jom Kongsi!
Exit mobile version