Site icon Blog Ibu Mifzal

Piala AFF Suzuki 2012 : Perjuangan Harimau Malaya Berakhir

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera.

Kecewa!!! Tapi apa boleh buat. Berakhirnya perjuangan Harimau Malaya di Piala AFF Suzuki 2012. Harimau Malaya tewas 1 – 3 kepada Gajah Perang (Thailand) dan seterusnya, melayakkan pasukan Thailand ke perlawanan akhir dan bakal bertemu dengan pasukan Singapura.

Piala AFF Suzuki 2012

 

Nampak gayanya tak  dapat mempertahankan kejuaraan pada tahun 2010 yang lalu. Apa pun tahniah buat pasukan Harimau Malaya kerana berjuang hingga saat akhir walaupun nasib tidak menyebelahi.

Tidak Adil

Bagi ibu, pengadil dari Korea itu memang berat sebelah. Kesalahan Fadlishah tidak patut dilayangkan kad kuning, cukup diberi amaran sahaja. Bila pemain Thailand yang lakukan kekasaran tak ada pula dilayangkan kad kuning!! Teruk, memang teruk!!

Tak apa lah Harimau Malaysia, buru lagi kejuaraan Piala AFF Suzuki  2014 pula nanti.

 760 jumlah dibaca,  1 dibaca hari ini

Jom Kongsi!
Exit mobile version