Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera
Ibu adalah salah seorang yang alami rambut gugur ni..walaupun bukan la sampai tahap kronik..tetapi ia sangat merimaskan..merata ada helaian-helain rambut yang gugur..bukan setakat di sikat atau di bantal bila bangun pagi..mungkin boleh dikatakan setiap sudut rumah yang ibu jejak mesti ada tinggalan helaian rambut..setiap kali menyapu baru sedar betapa banyaknya rambut yang telah gugur.
so..pagi ni2 ni sesambil online..ibu mencari petua-petua merawat rambut gugur yang boleh sama-sama dipraktikkan.
Petua Pertama
Pertama sekali selalulah menyapukan perahan air limau nipis untuk menghilangkan kelemumur selama 2 minggu. Kelemumur juga boleh menyebabkan keguguran rambut. Kemudiannya anda memerlukan santan untuk menyuburkan rambut.
Petua Kedua
Santan perlu dilumurkan keseluruhan rambut hingga kekulit kepala bagi mendapatkan hasil yang baik. Tidak perlu terburu-buru untuk membasuhnya perapkan dengan tuala untuk setengah jam. Biarkan ia berminyak dan meresap. Kemudian basuh dengan air suam. Buatlah barang sebulan.
Petua Ketiga
Bagi anda yang rajin selepas rawatan menyuburkan rambut gunalah daun lidah buaya untuk mendapatkan rambut yang lebih cantik lagi menawan. Caranya ambil lendir daun lidah buaya tu dan sapukan kepada rambut hingga kekulit kepala. InsyaAllah dalam masa 2 bulan rambut anda tidak akan gugur malah semakin cantik dan sihat.
Petua Keempat
Dengan menggunakan kulit tembikai (bahagian dalam), gosokkannya
pada kulit kepala anda.Kemudian biarkan ia meresap ke kulit kepala anda. Tunggu dalam 15 ke 30 minit dan cucilah sampai bersih.
Kalau anda nak biarkannya semalaman pun boleh. Buat sebelum masuk tidur dan keesokannya baru cuci. Gunakan shower cap atau balut dengan kain supaya tak meleleh kat bantal. Amalkan petua ni hanya sekali dalam seminggu.
Petua Kelima
Rendamkan kacang hijau semalaman. Tapis dan gunakan airnya bagi disapu atas kulit kepala sambil dipicit perlahan2. Amalkan selalu hingga rambut baru kelihatan tumbuh. Di samping itu, elakkan mengikat rambut dgn getah.
Kesimpulannya, jagalah kesihatan rambut anda dengan cermat. terutama kepada yang perempuan, jagalah ianya sebaiknya
1,136 jumlah dibaca, 1 dibaca hari ini