Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera
Banyak keyword mengenai pinjaman boleh ubah (PBU) JPA masuk minggu ini. Bukan pembaca je cari info mengenai tarikh semakan itu, ibu pun sama sebab ibu adalah salah seorang pemohonnya. Sepatutnya tarikh semakan keputusan pinjaman tersebut adalah pada 14 Disember 2012 tetapi telah ditunda oleh pihak Jabatan Perkhidmatan Awam atas sebab-sebab tertentu. Website esilav2 pun sekarang ini tengan dikemas kini.
Tarikh Semakan Keputusan Permohonan Program Pinjaman Boleh Ubah Sesi 2012/2013 Untuk Pegawai Kumpulan Pelaksana Yang Mengikuti Pengajian Di Peringkat Diploma Atau Ijazah Pertama adalah pada 28 Disember 2012 (Jumaat).
Kalau tak silap ibu, sama dengan tarikh semakan Biasiswa Program Yuran Pengajian Secara Separuh Masa Untuk Kakitangan Awam. Biasiswa ini pun ibu turut mohon. Moga adalah rezeki buat ibu dan berjaya dalam salah satu permohonan.
Sememangnya, ibu sangat mengharapkan permohonan ibu berjaya. Hujung Januari 2013, kelas untuk semester ke 5 akan mula. Sudah 4 semester ibu membiayai yuran pengajian ini sendiri. Yuran UUM PLK ini mahal berbanding universiti lain. Jenuh juga mahu mengumpul hampir RM2000 setiiap kali semester jika tanpa bantuan Abah Mifzal & adik-adik ibu yang baik hati itu. 😀
1,263 jumlah dibaca, 2 dibaca hari ini