Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera
Hari jumaat lepas…ibu ambil cuti kecemasa bila kesihatan Mifzal Arsyad tidak menampakan kemajuan…batuknya semakin teruk..lain benar bunyinya..ubat dari 2 buah klinik dh ibu bagi…mula2 ubat dari klinik kesihatan kerajaan..pastu g check plak kat klinik panel FAMA..pun x de nampak baik..
Itu yg hari jumaat tu ibu bawak plak Mifzal Arsyad ke Klinik Dr.Wong kat Bidor. Klinik swasta biasa je…sbb kat area sini mmg x de klinik pakar kanak2…paling dekat kena g Ipoh..yg memakan masa perjalanan hampir 2 jam..alahai..mcm ni la kalau duduk jauh dr pekan besar…hmmm
Mula2 doktor check, nafas Mifzal Arsyad mmg berbunyi kuat, tapi doktor cakap dia sangat pelik…walaupun asma tapi x nampak penat lgsg..aktif je…ibu pun x tau nak explain apa sbb boboy mmg mcm tu..dia demam ke..x semput ke..mmg dia aktif…ada je benda dia nk buat..dr kecik…opss..rsnya dr dlm perut lg mmg aktif.. 🙂
So…doktor decide utk bg 1st nebulizer… Mifzal Arsyad, muka2 okay..nmpk mcm teruja nak pakai mask tu…tp lepas tu..dia rasa x selesa..tarik2 nak cabut…alahai…susah gak kasi dia pakai…abih segala pujukan dah..ckp nak belikan kereta mainan 3 biji lah..nak gi pantai la…nak g sekolah besar lah..lepas habis sedut gas…terus dia mintak main angry bird kat phone ibu..
Pastu doktor check lg..n dapati nafasnya masih ada bunyi n kena ambil 2nd nebulizer..aduhai..kali kedua, boboy menangis2 x mau pakai…last2 doktor suruh kasi main game angry bird..baru okay…itu pun ada ms dia x mau jugak..huhu…lepas ambil 2nd nebulizer…doktor ckp dah okay sket tp masih ada gak bunyi sket…so doktor akan bagi ubat…if dlm sehari dua ni nafasnya masih laju…terus bawak pi hospital.
Serius…ibu x sangka asma boboy agak teruk kali ni….mcm doktor ckp td la…dia pun pelik yang boboy sangat aktif walaupun semput…maafkan ibu ya sayang…bila anak x sihat mcm ni..rasa nak je tukarkan segala kesakitan n rasa tidak selesea itu dengan ibu…biar ibu je yang tanggung semua..ibu x sihat x pe..tapi jgn anak ibu…mengalir air mata bila ingat time kena nebulizer tu..mesti boboy sangat2 rs x selesa..kesiannya anak ibu…ibu minta maaf ya sayang…ibu x jaga boboy dengan baik. :'(
ps : susah hati sangat2 bila anak x sihat…
Posted by WordPress For Android
1,575 jumlah dibaca, 1 dibaca hari ini