Site icon Blog Ibu Mifzal

Penyakit Kawasaki Atau Kawasaki Disease

Seriusly, ibu baru pertama kali mendengar nama penyakit Kawasaki atau lebih dikenali sebagai Kawasaki Disease ini. Itu pun disebabkan anak saudara ibu yang tinggal di Labuan telah disyaki dijangkiti oleh penyakit ini. Anak saudara ibu itu mula-mula mengidap demam. Kejadian berlaku ketika bulan puasa yang lepas. Seminggu sebelum pulang ke kampung untuk berhari raya. Ingatkan hanya demam biasa. Mujur adik ibu cepat-cepat mendapatkan rawatan untuk anaknya.

Simpton Penyakit Kawasaki : Lidah Strawberi

Ketika di Labuan, adik ibu sudah membawa anaknya ke klinik kesihatan biasa dan hanya diberikan ubat demam. Bila pulang ke kampung di Kelantan, demamnya tak surut juga. Lalu dibawa ke hospital yang berdekatan dan doktor yang merawat telah mengesyaki anak saudara ibu itu dijangkiti Penyakit Kawasaki.

Terkejut ibu bila diberitahu tentang penyakit tersebut. Ya lah, tak pernah dengar pun sebelum ini. Ibu ingatkan Kawasaki ini jenama motosikal. Aduhai. Tanpa berlengah, ibu terus men’google‘ di internet untuk mengetahui lebih lanjut tentang penyakit ini. Ibu ingin kongsikan bersama pembaca blog ini.

Apa Itu Penyakit Kawasaki atau Kawasaki Disease?

Penyakit Kawasaki, atau juga dikenali sebagai sindrom nod lymph, penyakit nod mucocutaneous, infantile polyarteritis dan sindrom Kawasaki, adalah vasculitis terhad-diri yang kurang diketahui yang menjejaskan banyak organ, termasuk kulit dan selaput (membran) pernafasan, nod lymph, dinding salur darah, dan jantung. Ia tidak berjangkit. Penyakit Kawasaki mungkin menyebabkan inflamasi salur darah di seluruh badan. Ini diikuti oleh simptom seperti demam, ruam, pembengkakan tangan dan kaki, kerengsaan dan kemerahan mata, kerengsaan dan pembengkakan selaput lendir mulut, bibir dan kerongkong, dan pembengkakan nodus limfa di bahagian leher.

Kesan awal penyakit Kawasaki berkemungkinan tidak serius, tetapi, dalam sesetengah kes, kerumitan jangka masa panjang termasuk kerosakan arteri koronari mungkin timbul. Ia mula digambarkan pada tahun 1967 oleh Dr. Tomisaku Kawasaki di Jepun

Faktor Risiko

Setakat ini, kejadian tertinggi bagi penyakit Kawasaki berlaku di Jepun (175 setiap 100,000), sungguhpun terdapat peningkatan kes di Amerika Syarikat. Hampir kesemua kes penyakit Kawasaki melibatkan kanak-kanak, dengan 80% pesakit berusia bawah 5 tahun. Kekerapan kanak-kanak lelaki memperolehi penyakit ini adalan dua kali ganda kanak-kanak perempuan, walaupun penyebabnya masih belum diketahui.

Sekitar 2,000-4,000 kes dikenal pasti di Amerika Syarikat setiap tahun. Di Amerika Syarikat, penyakit ini telah dilaporkan di kalangan semua golongan suku dan bangsa tetapi berlaku paling kerap di kalangan kanak-kanak berlatar belakang Asia-Amerika. Penyakit Kawasaki bukanlah sejenis penyakit yang jarang dan bilangan tepat kes yang berlaku di Amerika Syarikat masih belum diketahui. Walau bagaimanapun, adalah dianggarkan bahawa penyakit ini menyerang 10 di dalam setiap 100,000 kanak-kanak di bawah umur 5 tahun.

Punca Penyakit Kawasaki

Punca penyebab penyakit Kawasaki masih belum dapat dikenalpasti, tetapi teori semasa memusat kepada punca sistem imunisasi sebagai punca penyakit. Semakin banyak bukti menujukkan kepada etiologi berjangkit, tetapi perdebatan berterusan sama ada puncanya disebabkan oleh bahan antigen biasa atau superantigen. Menurut laman maklumat Hospital Kanak-kanak Boston/sekolah Perubatan Harvard berkenaan penyakit, “Sesetengah kajian menunjukkan kaitan antara berlakunya kaitan antara penyakit Kawasaki dan pendedahan baru kepada pencucian permaidani atau tempat tinggal berhampiran air bertakung, bagaimanapun, punca dan kesan belum dapat dikaitkan.”

Simptom dan Gejala

Simpton dan Gejala Penyakit Kawasaki @ Kawasaki Disease

Penyakit Kawasaki sering kali bermula dengan demam berpanjangan yang tidak bertindak balas kepada dos normal paracetamol (acetaminophen) atau ibuprofen. Demam mungkin berkekalan selama sehingga dua minggu dan biasanya diiringi dengan keresahan. Demamnya menyerang dengan cepat pada permulaan dan seterusnya naik turun dari demam sederhana (38 ke 40 degree celcius) ke demam tinggi (lebih dari 40 degree celcius). Noda limpa pada bahagian leher mungkin bengkak.

BACA INI : HFMD : Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut 

Kanak-kanak yang dijangkiti mempunyai mata merah (konjunktivitis), selaput lendir merah pada mulut, bibir merkah merah, Lidah kanak-kanak mungkin merah dan menunjukkan benjol-benjol yang kecil (papillae) “lidah strawberi”, iritis, peluh keratik (keratic precipitates) (dikesan oleh ophthalmologist tetapi biasanya terlalu kecil untuk dilihat dengan menggunakan mata kasar), dan bengkak nod lymph. Ruam kulit berlaku awal serangan penyakit, dan kulit berkeruping pada kawasan alat sulit, tangan, dan kaki (terutamanya sekitar kuku dan tapak tangan dan kaki) mungkin berlaku pada fasa berikutnya.

Sesetengah simptom sebegini mungkin tenggelam timbul sepanjang tempoh sakit. Kanak-kanak biasanya menghadapi kesukaran berasa selesa dan sentiasa resah. Jika dibiarkan tanpa rawatan, simptom mungkin akhirnya surut, tetapi coronary artery aneurysms tidak bertambah baik, menyebabkan peningkatan risiko kematian atau kecacatan akibat serangan jantung myocardial infarction.

Apabila demam telah reda, ruam, kemerahan mata dan noda limpa yang bengkak selalunya hilang. Kulit akan mula mengupas di bahagian kuku kaki dan kuku tangan, selalunya bermula semasa minggu ketiga penyakit ini. Kulit pada tangan dan kaki mungkin mengupas dalam cebisan-cebisan besar ataupun dalam satu cebisan sahaja (seperti seekor ular menggugurkan kulitnya). Lutut, paha, dan pergelangan kaki boleh bertambah radang dan sakit.

Kadang-kala, sakit sendi dan keradangan masih beterusan walaupun gejala yang lain telah hilang. Garisan melintang yang mendalam di kuku bahagian tangan dan kaki, yang wujud semasa penyakit ini, mungkin masih kelihatan selepas beberapa bulan sehinggalah kuku bertumbuh semakin panjang. Jika cepat dirawat, risiko ini kebanyakannya boleh dielakkan dan tempoh sakit dikurangkan.

Cara Rawatan

Penyakit ini hanya dikesan dengan menjalani pemeriksaan darah di hospital. Oleh itu, ibu bapa perlu membawa anak-anak mereka yang mengalami demam yang tidak bertindakbalas dengan ubat demam biasa seperti paracetamol atau ibuprofen. Doktor yang merawat merawat kanak-kanak dengan penyakit ini lazimnya akan memeriksa terlebih dahulu gejala dan simptom yang timbul sebelum melakukan ujian darah. Kanak-kanak akan disahkan mengidap penyakit ini sekiranya didapati sel darah putih dan bilangan sel platlet dalam darah bertambah dengan kadar dua kali ganda daripada biasa.

Rawatan segera diperlukan dengan menggunakan ubat intravena yang dinamakan Immunoglobullin / Gamma Globulin. Ia berfungsi untuk mengurangkan radang pada jantung dan menghalang kerosakan ateri koronari jika diberi di dalam tempoh 10 gari pertama menghidap penyakit ini. Kebanyakkan kanak-kanak akan sembuh dan kembali seperti sedia kala selepas dua hingga tiga minggu mendapat rawatan di hospital.

Sekiranya lambat mendapat rawatan yang segera boleh mengakibatkan komplikasi masalah jantung dan boleh membawa kepada kematian.

Sumber : Wikipedia Indonesia dan Blog Dr. Zubaidi.

Alhammdulillah, mujurlah anak saudara ibu itu cepat dirawat. Bimbang juga bila membaca kesan komplikasi terhadap jantung jika lambat dirawat. Ini pun, masih ada rawatan susulan yang perlu diikuti oleh anak saudara ibu supaya doktor dapat memantau keadannya.

 5,007 jumlah dibaca,  2 dibaca hari ini

Jom Kongsi!
Exit mobile version