To my best friend, Ziela, happy reading. Ini lah pengalaman bersalin aku yang tak mungkin aku lupakan.
Pengalaman Bersalin Yang Tidak Dapat Dilupakan
26 FEBRUARI 2008
Hari ini sudah masuk 6 hari ibu overdue. Tapi tanda-tanda nak bersalin belum muncul lagi. Kalau diikutkan memang dah tak sabar nak melahirkan anak dalam kandungan ini. Tapi, masa belum sampai. Ibu dah terbayangkan yang ibu kena induce pada 2 Mac nanti, kalau ibumasih belum ada tanda-tanda nak bersalin. Pasrah saja lah. Rutin harian hari ini ibu teruskan seperti biasa sambil melayari forum Mengandung.com. Ramai kawan-kawan di Mengandung. Com tertanya-tanya bila lah ibu nak bersalin ni. Huhu.
27 FEBRUARI 2008
4.00 Pagi
Ibu tersedar dari tidur yang agak lena. Terasa seperti ada keluar cecair. Ibu bingkas bangun. Kejutkan Abah Mifzal temankan ibu ke bilik air (bilik air umah mentua kat luar. Takut nak keluar seorang malam-malam begitu). Ibu rasa berdebar-debar bila tengok kat panty ada lendir dan darah. Sah, ibuey dah kuar tanda. Maksudnya ibu akan bersalin tak lama lagi. Aduhai takutnya. Masa itu belum terasa sakit lagi. Cakap dengan Abah Mifzal dah keluar tanda darah. Abah Mifzal ajak pergi hospital sebab ibu kan dah terlebih due.
Ibu cakap dekat Abah Mifzal, mungkin esok atau lusa ini baru bersalin (ceh, macam tahu-tahu sahaja. Tapi mengikut pengalaman orang lain yang ibu baca, kalau keluar tanda darah ini mungkin 2-3 hari lagi baru bersalin) lagi pun ibu tak rasa sakit lagi. Itu yang rasa nak tangguh dahulu ke hospital. Ibu terbayang cerita kawan-kawan di portal mengandung.com pasal pengalaman kena seluk. Aduhai, takut jalan tak terbuka lagi. Sia-sia sahaja nanti pergi awal ke hospital. Alih-alih kena balik semula pula kan. Jadi, ibu pun ajak Abah Mifzal tidur semula.
4.20 Pagi
Belum pun sempat lelapkan mata, ibu terasa sakit di bahagian pinggang. Sakit yang sebelum ini ibu tak pernah pernah rasa. Ibu tertanya-tanya, kontraksi ke ini? Maklum lah tak tahu macam mana rasa sakit kontraksi ini kan. Kesakitan itu datang tak menentu. Sekejap 30 minit, sekejap 15 minit, sekejap 10 minit. Masa kontraksi itu datang ibu catat dalam handphone. Senang hendak rujuk nanti. Memang ibu dah tak boleh tidur dah lepas itu, sebab rasa kontraksi itu memang sakit sangat. Abah Mifzal lena di sebelah, Nak kejutkan dia beritahu sakit pun tak sampai hati. Ibu tahan sahaja kesakitan itu. Bila dah subuh, ibu baru kejut Abah Mifzal. Masa tu rasa sakit kontraksi datang masih tak menentu. Kadang-kadang ibu confuse juga. Tak kan false alarm kot. Tapi dah keluar show dah.
Abah Mifzal ajak ibu ke hospital, tapi ibu beritahu hendak pergi tengahari sedikit. Ibu ketika itu rasa macam fobia pula hendak ke hospital, takut nurse check bukaan tak terbuka lagi and then mereka suruh balik pula nanti. Malas pula kalau kena ulang alik begitu. Baik tunggu lama sedikit. Lagi pun rasa sakit itu ibu masih boleh tahan. Masa itu sempat lagi ibu fikir macam-macam kan!
Pagi itu, sempat lagi ibu berforum di Mengandung.com. Sambil-sambil itu ibu mesej eiyja, kawan mengandung.com yang tinggal di Sarawak, cerita dekat eiyja yang ibu dah keluar show. Eiyja suruh ibu ke hospital dengan segera sebab bimbang apa-apa boleh jadi kan! Tambahan bila dah terlebih due macam ini. Eiyja pesan pergi hospital cepat supaya boleh tahu keadaan baby dalam perut. Jadi ibu pun ikut pesanan eiyja (Thank a lot eiyja, banyak kongsi pengalaman ngan eiyja)
Ibu bagitau kat mak mentua yang ibu dah keluar tanda nak bersalin. Mak mentua pun suruh ibu pergi hospital cepat-cepat. Dia pun risau, takut terberanak dekat rumah pula.
9.00 Pagi
Ibu sampai di hospital, terus ke Bahagian Kecemasan, tapi attandent situ suruh pergi bilik bersalin di tingkat 3. Sampai sahaja di bilik bersalin, tak ada pun nurse yamg jaga kaunter di situ. Lama juga ibu menunggu dengan mak mentua dan kakak ipar. Masa itu ada lagi orang duduk menunggu orang nak bersalin dalam tu. Pukul 10.00 pagi, baru ada nurse yang jaga kaunter tu. Pagi itu sibuk juga lah dalam LR, ramai juga yang tengah duduk meneran. Huhu.
Dah siap isi borang, nurse tu ajak ibu masuk bilik pemeriksaan. So, buat check-up yang rutin. Check air kencing, ambik darah dan etc. Masa nurse cakap hendak check bukaan rahim, ibu mula rasa berdebar-debar. Teringat pengalaman kawan-kawan yang dah kena seluk. Huhu. Bila check, nurse bagi tahu baru 2 cm terbuka. Nurse cakap lambat lagi ini nak bersalin tapi kepala Baby Mifzal dah betul-betul ada dekat pintu rahim dah.
Aduhai lambat ke? Kontraksi, ibu dah rasa 15 minit sekali, Selepas itu, nurse pasangkan alat CTG dekat perut untuk check jantung Baby Mifzal untuk 20 minit. Tapi ibu ambil masa 1 jam untuk ambil bacaan sebab nurse cakap bacaan tak cantik. Baby ibu ini tidur. Then, dia masukkan drip air. Nak bagi Baby Mifzal jaga. Dah settle semua, ibu pun admit wad pagi itu. Duduk di katil No 8. Mak mentua dan kakak ipar ibu dah balik dulu sebab ibu pun lambat lagi nak bersalin. Maka, bermulalah hari ibu di dalam wad bersalin.
2.00 Petang
Kontraksi masih ibu rasa dalam 10 minit sekali, walaupun sakit tapi masih boleh tahan lagi. Waktu melawat sesi tengah hari pun dh tamat. Ibu call kakak ipar, dia cakap nak datang masa waktu melawat petang. Jadi, ibu baring saja lah atas katil itu, sambil menahan kesakitan. Lagi pun tak ada mood dah hendak berborak dengan patient lain.
5.30 Petang
Abah Mifzal dan keluarga mertua datang melawat. Masa itu ibu cool lagi. Sakit pun masih dalam 10 minit sekali datang. Muka pun still ceria. Duduk borak-borak dengan Abah Mifzal dan mak mertua. Dalam wad itu berdepan ngan katil ibu ada patient umur 17 tahun mengandung 39 weeks, muda sangat lagi orangnya. Ibu wonder lah, macam mana lah pengalaman mengandung di usia muda kan? 1st baby, mesti banyak yang tak tahu, sedangkan ibu yang umur dah nak mencecah 29 tahun ini pun masih banyak benda yang tidak tahu. Dekat maghrib, baru Abah Mifzal dan mak mertua balik. Tinggal lah ibu tidur di wad malam itu.
8.00 Malam
Kesakitan makin ibu rasai. Ibu masih mencatat masa kontraksi dalam handphone. Seksanya ibu rasa. Masa itu, ibu tengok kekerapannya sudah 8-7 minit. Ibu ingat kalau kontraksi datang dalam 3 minit sekali baru nak minta nurse check bukaan rahim. Ibu teringat pesanan kawan-kawan di portal Mengandung.com, kalau nak cepat bersalin kena banyak berjalan. Tapi ibu meman tak ada mood nak berjalan. Kesakitan yang dirasai itu buat ibu tak senang duduk. Ibu pula jenis tak tahan sakit, mula lah rasa nak menangis. Huhu.
Malam itu memang ibu tak lena tido. Memang tak dapat tidur pun. Bila kontraksi datang, ibu pegang kuat-kuat besi tepi katil. Sakit di pinggang itu, Allah saja yang tahu macam mana. Sambil itu, ibu bermesej dengan Abah Mifzal, mengadu. Bila tak tahan sangat ibu ke bilik air dan menangis. Hendak menangis di katil malu. Mana tahu nanti orang sebelah perasan pula.
28 FEBRUARI 2008
1.00 Pagi
Ibu memang tak senang duduk. Sekejap ibu baring atas katil, sekejap duduk di kerusi. Macam-macam gaya dah ibu buat untuk mengurangkan kesakitan. Kebetulan ada nurse lalu, dia tanya ibu, sakit ke? Ibu anggukkan kepala. Selepas itu, nurse ajak check bukaan rahim. Ibu pun gagahkan diri berjalan ke bilik prosedur untuk check bukaan. Bila nurse check. Ibu agak kecewa sebab bukaan masih lagi 2 cm. Tak berganjak langsung dari pagi tadi. Sakitnya ibu pun tak tahu nak gambarkan macam mana. Rasa dah tak tertanggung dah, Nurse cakap, nanti pukul 5.00 pagi check lagi.
5.00 Pagi
Ibu catat masa kontraksi sudah 3-4 minit sekali datang, tapi bila check bukaan. Baru terbuka 3 cm. Ya Allah, kenapa lah lambat sangat terbuka jalan ni. Ibu memang dah tak boleh nak tahan sakit dah ni. Air mata mengalir juga sambil menahan kesakitan. Nurse bagitahu, pukul 8.00 pagi nanti check bukaan lagi. Check selepas sarapan pula.
8.00 Pagi
Selepas sarapan (ibu makan sekeping roti saja. Itu pun tak habis. Tak lalu makan dah sebab tengah menahan kesakitan). Doktor datang check. Masa itu ada 3 orang doktor duduk kerumun ibu, 2 doktor perempuan dan seorang doktor lelaki. Entah apa dicakap, ibu tak ambil peduli. Sakit yang amat. salah seorang dari doktor itu check perut ainey sambil tanya sakit tak. Ibu angguk sahaja. Dah tak boleh nak berkata-kata dah. Kemudian, doktor suruh masuk Labour Room (LR). Sebelum itu, doktor suruh buang air kecil dulu. Tapi, ibu tak ada rasa nak buang air pun masa itu.
8.30 Pagi
Ibu dah masuk dalam LR duduk di katil No 4. Doktor check bukaan lagi. Baru terbuka 4 cm. Tapi sakit yang ibu rasa macam dah 10 cm. Huhu. Doktor pecahkan air ketuban dan ibu terasa air panas suam mengalir keluar. Dalam masa yang sama, ibu baca doa Nabi Yunus. Setiap kali rasa sakit datang, ibu tarik nafas panjang. Tapi memang tak boleh tahan sakitnya. Rasa macam nak menjerit pun ada. Nurse pasang alat CTG. Selepas, datang seorang demi seorang nurse yang bertugas. Datang jamah perut ibu. Mereka beritahu sakit yang ibu alami tu masih tak kuat. Ya Allah, tak nampak ke ini sampai nak tercabut besi penghadang katil itu ibu pegang sambil menahan kesakitan.
Ibu ada rasa geraan meneran, jadi ibu minta nurse check bukaan. Tapi bila check bukaan bari 5 cm. Ibu beritahu nurse, ada gesan meneran tapi nurse pesan jangan teran lagi sebab bukaan masih kecil. Kalau ibu teran juga, nanti effect kepala baby.
10.00 Pagi
Dek kerana bukaan rahim ibu lambat sangat dan doktor kata kesakitan yang ibu rasa belum cukup kuat (mereka ini, nak ibu menjerit kot baru nampak sakit kuat. Huhu), doktor masukkan ubat. Aduhai, makin bertambah sakit ibu rasa. Nurse suruh ibu mengiring. Tapi ibu rasa kalu mengiring lagi ibu rasa sakit yang amat. Sebab dah tak tahan sangat dan ada gesaan meneran. Ibu beritahu nurse yang ibu nak teran. Tapi, nurse tak bagi sebab belum sampai masa lagi untuk teran. Kemudian, datang lah seorang doktor. Doktor check bukaan dan beritahu baru buka 6 cm. Ibu mengadu dekat doktor sebab dah rasa sakit sangat dan ada gesaan meneran. Ibu dah tak larat nak tahan. Tapi nurse yang ada di situ tunjuk kat ibu gambar bulatan ukuran bukaan. Dia beritahu, “awak baru terbuka 6cm, kalau nak teran kena 10cm. Jadi, ibu sedaya upaya menahan untuk tidak meneran.
Tapi sebab sakit sangat dan sukar untuk menahan, ibu terteran juga sedikit. Dan, doktor tahu dan cakap jangan teran. Nanti kepala anak bengkak Sebelum itu, semasa doktor check bukaan, dia ada masukkan sejenis alat yang berdawai dan diletakkan di kepala Baby Mifzal. Doktor cakap kepala anak awak dah bengkak sebab awak teran.
Ya Allah, macam mana lagi ibu nak bertahan. Kemudian, ibu minta ubat tahan sakit. Selepas dicucuk ubat penahan sakit. Ibu rasa mengantuk pula. Kesakitan masih terasa, tapi ibu rasa macam hendak tidur sahaja. Tapi, bila dah bilang kesan ubat tahan sakit, kesakitan datang kembali. Huhu.
1.30 Petang
Nurse check lagi bukaan rahim. Kali ini dah terbuka 9 cm. Masa itu, ada beberapa orang nurse dan seorang doctor duduk kelilinga ibu. Ibu tanya, ibu dah boleh teran ke? Doktor cakap dah boleh teran. . Haha, masa yang dinantikan! Masa tengah nak push, Abah Mifzal masuk. Nasib baik, pihak hospital benarkan suami boleh masuk temankan isteri bersalin.
Ibu pegang kejap-kejap tangan Abah Mifzal. Sambil tarik nafas dalam-dalam, kemudian ibu push. Sekali push, tak lepas dan masa itu pula ibu rasa macam hendak tidur pula. Nurse dan doktor bagi semangat suruh push. Masa itu pula tiba-tiba rasa gesaan nak meneran itu hilang. Ibu rasa nak tidur sahaja. Selepas itu baru datang gesaan rasa nak push. Ibu tarik nasfas dan cuba push lagi. Dengan sekuat hati, tapi masih tak lepas lagi. Then, cubaan kali ketiga, cuba push sekuat-kuat hati.. Masa ini terputus nafas tapi ibu tahan dan sambung push balik.
1.59 Petang
Alhamdulillah, tepat jam 1.59 petang, lahir lah bayi kesayangan ibu, Mifzal . Nurse yang sambut letak Baby Mifzal atas dada ibu. Ketika itu, terdengar lah tangisan pertama Baby Mifzal Masa itu, hilang semua kesakitan yang ibu rasa sebelum itu. Ya Allah, ini lah anugerah yang terindah dari-MU.
Ini lah pengalaman bersalin yang tak dapat ibu lupakan. Terima kasih Ya Allah. Memori pengalaman bersalin ini akan sentiada tersemat dihati. Nukilan pengalaman bersalin ini juga adalah sebagai kenangan untuk dibaca pada masa hadapan.
1,982 jumlah dibaca, 1 dibaca hari ini