Site icon Blog Ibu Mifzal

Pendaftaran Semester Julai 2011/2012

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Hari ni ibu cuti tanpa rekod (CTR)..pagi2 lagi selepas subuh, ibu drive ke Stesen KTM Tanjong Malim..dengan menaiki Komuter ke KL Sentral, LRT Putra ke Masjid Jamek, LRT Star ke Maluri dan menaiki teksi ke IPB KL iaitu Pusat Pembelajaran PACE (Profesional And Continuing Education) di Kuala Lumpur, ibu sampai tepat jam 10.15 pg…

Memula agak terkejut ibu sbb suasananya agak meriah..ramai student senior n yg sama batch nga ibu duk beratur panjang nak daftar course…ibu expect yg org x ramai sgt n leh selesai awal urusan pendaftaran..al-maklumlah nak bergegas balik semula ke Sungkai kan..esok baru ibu bermalam di sana..tp mujur jugak..urusan x lama..dlm jam 11.45 pg..urusan ibu selesai…so dapat la modul pengajian untuk semester ini (Gambar)..

Tak seperti universiti lain yg menyediakan buku modul kepada pelajar tetapi UUM hanya membekalkan beberapa keping CD bergantung kepada jumlah subjek yang diambil oleh student…Ibu agak kecewa sebenarnya kerana hanya mendapat CD sahaja..untuk semester ini ibu dapat 4 keping CD bersamaan dgn 4 subjek..1 subjek lagi x dibekalkan CD kerana subjek tu mengguna-pakai modul semester lepas dan tiada peperiksaan akhir…

Ibu lebih suka jika dapat buku terus..x de la student perlu bersusah payah n agak membuang masa utk mencetak modul utk dijadikan buku..x seronok jika hanya membaca modul di skrin PC or Laptop sebab nak jugak menconteng2kan buku..menulis n meng’highlight’ nota2 penting…bukan setakat leceh nak print balik..tp ia juga melibatkan kos mencetak..mujur ibu pakai printer yg dh di modified..kalu x botak pala asyik kena beli catridge..dah la mahal..huhu..

Perkara ini selalu dibangkitkan oleh pelajar2 yg x berpuas hati dengan keadaan ini..MPP juga telah menyuarakan rungutan pelajar kepada pihak pengurusan tp penggunaan CD modul mmg telah diputuskan oleh senate..so x leh buat apa la..haishhh..agak frust sbb satu subjek kena bayar dlm RM450..x kan la leh x sediakan buku..hmmm..

Gambar : Modul2 pengajian PLK UUM

Posted with WordPress for BlackBerry

 887 jumlah dibaca,  2 dibaca hari ini

Jom Kongsi!
Exit mobile version