Site icon Blog Ibu Mifzal

Pencapaian Blog Bagi Tahun 2011

Alhamdulillah, setelah berblogging selama hampir 3 tahun lebih, ibu kira tahun 2011 merupakan pencapaian terbaik blog setakat ini. Ia merupakan kenangan yang indah pada ibu dalam dunia blogging. Oleh itu, ibu ingin abadikannya di dalam blog ini pencapaian blog bagi tahun 2011. Entry ini sekadar pembakar semangat kepada ibu untuk terus maju dalam bidang blogging. Ibu mula menggunakan domain blog ini pada 3 Februari 2010. Ketika itu masih lagi menggunakan platform Blogspot. Manakala WordPress Self Hosted digunakan bermula 1 Mac 2011, Kiranya tak sampai setahun pun lagi ber ‘self-hosting‘.

Okaylah, ibu nak kongsikan pula pencapaian trafik blog ini bagi tahun 2011.

Pencapaian Blog Bagi Tahun 2011

Cpanel (1 Mac 2011 – 31 Disember 2011)

Awstat Cpanel

Kalau tengok rekod trafik 2011 di dalam Cpanel ini, start bulan 8 baru banyak trafik. Itu pun selepas banyak buat entry SEO. Memang sangat-sangat membantu entry SEO ini pada blogger yang nak naikkan trafik blog. Mencanak naik. Tapi itulah, hati ini seperti tidak rela pula mencampur-adukkan blog personal dengan isu panas Huhu, tetapi bila difikirkan duit yang sudah dilaburkan dengan membeli domain dan hosting kena relakan juga lah. Huhu, kalau cerita owner blog sahaja ada ke yang nak baca? Hmm, see bulan Disember 2011 lepas, memang ibu agak kurang mengupdate blog (PC kat umah dah rosakkan) dan entry SEO pun kurang tapi still ada, so trafik agak jatuh. Itu yang dah tak boleh nak apply Innity tu. Huhu.

Google Analytic (1 Julai 2011 – 31 Disember 2011)

Google Analytic Report

Ibu start pasang Google Analytic dekat blog ini bermula bulan Julai 2011. Sebelum itu memang tak tahu apa pun fasal kepentingannya hehe.

Referral Terbanyak

Referral yang banyak menyumbangkan link ke blog ini adalah seperti berikut. Terima kasih ya! 😀

Harap blog ini dapat bertahan 🙂 tetapi kadan-kadang terasa juga seperti mahu berhenti dari blogging buat seketika, ianya menuntut banyak masa dari ibu. Susah juga nak bahagikan masa ibu sebagai isteri, ibu, pekerja dan pelajar ini m(_ _)m

 775 jumlah dibaca,  2 dibaca hari ini

Jom Kongsi!
Exit mobile version