Site icon Blog Ibu Mifzal

Pancake Gebu Dan Sedap Kegemaran Mifzal

Dah lama anak ibu yang seorang ini request untuk ibu buatkannya pancake untuk sarapan pagi. Mifzal, memang seleranya ala-ala western. Ibu, tak biasa buat sendiri pun lagi pancake ini tetapi pernah beli yang tepung pankek mix dulu. Ala, kita selera kampung, mana nak makan pankek-pankek ini. Hehe. Tapi, bila si anak sudah banyak kali minta, kesian pula kalau tak ditunaikan. Lagi pun, dekat internet kan bersepah resipi yang boleh diikuti dengan langkah yang mudah. Rupa-rupanya, senang sahaja hendak buat pancake gebu dan sedap kegemaran Mifzal.

Kegemaran Mifzal

Pancake ini memang sesuai dimakan dengan sirap maple dan whipping cream. Barang-barang untuk membuat pankek juga mudah dibeli di pasaraya. Tempoh hari, ketika membeli barangan keperluan dapur, Mifzal dah siap pesan untuk ibu belikan bahan-bahan untuk membuat pancake gebu dan sedap. Bimbang mungkin ibu lupa, kempunan dia hendak makan pancake nanti. Hehe. Kebiasaan kami memborong barang keperluan dapur di Tesco, tetapi kali ini, kami hanya ke pasaraya terdekat sahaja dengan rumah. Cari punya cari tak jumpa pula, sirap maple yang Mifzal mahu makan dengan pankeknya. Sudahnya, ibu pujuknya memilih madu. Kan rupanya seakan sirap maple juga. Mujur Mifzal okay sahaja. Hehe. Kalau tidak, mana hendak ibu cari bahan itu. Hehe.

Okaylah, kalau tak berceloteh panjang tak sah kan. Jom kita buatkan pankek gebu dan sedap untuk Mifzal. Resipi yang sangat mudah.

Bahan-bahan Membuat Pancake

Resipi Pancake Gebu Dan Sedap Kegemaran Mifzal

Bahan-bahan :-

1 cawan Tepung Gandum
1 cawan Susu Fresh Milk
1 biji Telur
1 sudu kecil Baking Powder
1 1/2 sudu besar Gula
1 sudu besar Minyak Jagung / Mentega

Cara-cara Membuatnya :-

Cara-cara Membuat Pancake Gebu

1. Campurkan semua bahan di dalam mangkuk. Kacau sehingga sebati dan tidak berketul.
2. Panaskan kuali non-stick dan tuangkan 1 senduk bancuhan pancake dan biarkan seketika.
3. Tunggu sehingga nampak berbuih dan kemudian bolehlah diterbalikkan.
4. Biarkan seketika sehingga warna keperangan. Boleh dihidangkan dengan sirap maple atau madu dan whipping cream.

Makan bersama susu, sedap. 😀

BACA INI : Resipi Karipap Gulung @ Sardin Roll

Seronok tak terhingga Mifzal dapat makan makanan kegemarannya. Pengaruh TV sebenarnya, selalu sangat tengok cartoon. Cartoon makan pancake, dia pun nak makan sama. Haha. Pancake ini sedap juga dimakan bersama susu freshmilk. Ibu siap cicah dalam susu. Haha, jakun kan ibu. Biasalah orang kampung macam ibu ni tak reti nak makan western ini. Kalau lempeng ibu tahu lah nak makan macam mana. Haha. Nanti,  boleh lah cuba ya resipinya. Mudah sangat. Sedap dan gebu pula.

 3,084 jumlah dibaca,  2 dibaca hari ini

Jom Kongsi!
Exit mobile version