Site icon Blog Ibu Mifzal

Nak Update Tentang Kisah Sambung Belajar

Ibu nak update tentang kisah sambung belajar ibu. Untuk pengetahuan semua, termasuk hari ini, sudah dua hari ibu bercuti. Ibu ambil cuti rehat kecemasan. Bukan disebabkan ibu sakit atau apa. Tapi, disebabkan ibu hendak menyiapkan assignment ibu yang ibu mesti dan kena hantar pada minggu ini. Ada enam assignments kesemuanya daripada sepuluh. Baki empat assignments sebelum ini sudah ibu hantar pada bulan lepas. Aduhai, letih ibu hendak menyiapkan assignments di kata idea tengah tiada di dalam minda. Susah juga bila bergelar seorang pelajar ini.

Demi segulung ijazah

Sekarang ini, masih berbaki 4 assignments yang masih belum siap. Dua assignment sudah siap dan sudah dicetak serta dibinding. Manakala, lagi dua masih dalam proses. Dan, baku dua lagi memang belum disentuh apa pun lagi. Ibu bimbang juga. Sempat ke hendak disiapkan semuanya. Hope, sempatlah.. Cabaran juga, dikala ini pula memang mood study dah tidak berapa nak ada. Tapi apa pun, ibu perlu juga paksakan diri. Bimbang, pisang berbuah dua kali pula nanti. Huhu.

Nak Update Tentang Kisah Sambung Belajar

Setelah hampir 4 bulan kembali bergelar student, sudah ada dua orang kawan ibu yang mengambil keputusan untuk menanguhkan pengajian dan berhenti. Seorang kawan ibu itu tidak mengapalah, dia tangguh kerana disebabkan atas faktor kesihatan. Tetapi, yang seorang lagi kawan ibu, memang ibu agak terkilan. Ingat sama-sama dapat berjuang hingga ke akhir dan dapat mengenggam segulung ijazah yang diimpikan. Tetapi, sekarang ini, kawan ibu itu sudah ambil keputusan untuk berhenti. Tuntutan kerja katanya. Sebagai kawan memang ibu merasa sedih. Tapi, siapalah ibu untuk memaksa. Sedangkan ibu juga pun masih terumbang-ambing dengan semangat belajar yang tidak menentu dan sekejap ada sekejap hilang.

Namun, bagi ibu yang pernah punya pengalaman belajar lalu yang kelam, ibu sangat berharap yang ibu sentiasa bersemangat untuk meneruskan pembelajaran ibu ini. Moga urusan ibu di dalam pembelajaran ibu ini sentiasa dipermudahkan. Ibu takut dan bimbang pisang berbuah  dua kali lagi. Oh! Sangat serik. Ibu rasa sangat bertuah kerana ibu dapat lagi peluang kedua untuk belajar dan ibu tak boleh sia-siakan peluang ini lagi. Doakan ibu terus tabah. Doakan ibu ya kawan-kawan. Terima kasih.

Posted with WordPress for BlackBerry Torch.

 836 jumlah dibaca,  1 dibaca hari ini

Jom Kongsi!
Exit mobile version