Sudah lama ibu menantikan aplikasi sebegini daripada Celcom. Disaat penyedia selular lain yang sudah lama mempunyai aplikasi sebegini untuk menyemak pelan pascabayar masing-masing. Akhirnya, pihak Celcom telah mengeluarkan MyCelcom Postpaid versi iOS bagi kemudahan pelanggan pascabayarnya. Terdahulu versi Android MyCelcom Postpaid telah dikeluarkan di Play Store bagi pengguna telefon pintar Android.
Aplikasi ini membolehkan pelanggan menyemak baki akaun, menguruskan penggunaan, melihat panggilan dan penggunaan data internet, serta membuat pembayaran dan membeli penambahan perkhidmatan melaluinya. Pelanggan juga turut boleh mengikuti pelbagai kemaskini promosi daripada Celcom melalui aplikasi ini. Dengan adanya aplikasi ini, sudah pasti akan memudahkan pelbagai urusan berkaitan pascabayar Celcom.
BACA INI : Kembali Ke CELCOM Selepas 9 Tahun
Aplikasi MyCelcom Postpaid
Untuk muat-turun aplikasi ini, SILA KLIK SINI
Lepas ini mudahlah ibu untuk menyemak baki quota data internet pakej langganan ibu. Mudah sahaja, semua dihujung jari kini.
1,764 jumlah dibaca, 1 dibaca hari ini