Pengalaman melahirkan anak sememangnya cukup berharga bagi seorang wanita yang bergelar ibu. Tidak semua wanita di dunia ini dapat merasai pengalaman yang amat indah itu. Begitu juga dengan Ibu Mifzal ini. Atas sebab itu, kegembiraan ini ibu zahirkan di dalam bentuk tulisan untuk dijadikan tatapan ibu di kemudian hari. Dan, inilah penyebab ibu mula-mula berjinak dengan bloging, Ya! Mula menulis kerana anak.
Sejarah penulisan bermula ketika ibu mengandungkan Mifzal. Ibu aktif di forum Mengandung.Com, berkongsi pengalaman dan mencari ilmu bersama-sama kawan-kawan maya di forum tersebut. Kemudian ibu beralih angin ke Fotopages. Bersesuai dengan konsep Fotopages, tidak banyak dapat ibu kongsikan di situ melainkan dengan gambar – gambar Mifzal sahaja. Mencari sedikit kelainan lebih kepada mengikut rentak kawan-kawan maya sebenarnya, ibu menulis pula di blogspot. Dari situ lah ibu, mula mengenali dunia blogging yang sebenar sehinggalah memiliki domain sendiri.
Permulaan Menulis Blog
Pada permulaan dari tahun 2008 – 2010, sememangnya kena dengan niat sebenar berblogging, blog ibu lebih berkisarkan kisah anak, keluarga dan persekitaran ibu sahaja. Blog ini menjadi diari online buat ibu. Pembaca setia blog ibu ketika itu pun lebih kepada ibu – ibu yang sama-sama suka bercerita mengenai perkembangan anak masing-masing.
Namun masa terus berubah, kini blog ibu menjadi lebih terbuka. Bukan hanya berkisarkan kisah anak dan keluarga sahaja, turut ibu selitkan juga entri-entri berkaitan isu semasa, infomasi, hiburan dan lain-lain. Bukan apa, terikut-ikut juga dengan kawan-kawan blogger yang dah ramai berjaya menjana pendapatan melalui blog masing-masing. Teringin juga ibu merasa pengalaman baru pula..pengalaman buat duit dengan blog kan. Blogger Yanmie & Puanbee menjadi sumber inspirasi ibu. Banyak ilmu blogging yang ibu dapat dari blog mereka. Terus-terang, ibu bukanlah penulis yang hebat yang mampu menarik pembaca untuk kekal setia dengan blog ini. Jadi, ibu harus berusaha untuk itu. Dan,sehingga kini ibu masih berusaha, walaupun ada kekangan masa dan tugas untuk ibu.
ps : Entri ini untuk menceritakan pengalaman blogging ibu dan juga untuk menyertai contest yang dianjurkan oleh Eizil.Com. Jom ramai-ramai kita join 🙂
1,379 jumlah dibaca, 1 dibaca hari ini