Site icon Blog Ibu Mifzal

Movie Animation Park Studios (MAPS) Ipoh Dibuka 26 Jun 2017

Pasti ramai yang sedang menanti-nanti tarikh pembukaan Movie Animation Park Studios (MAPS) Ipoh yang merupakan taman tema filem animasi yang pertama di Asia. Taman tema yang dibina dengan kos sebanyak RM520 juta ini terletak di Persiaran Meru Raya 3, Bandar Meru Raya 3, 30020 Ipoh, Perak, Malaysia. MAPS Ipoh, Perak ini akan dibuka secara rasmi pada 26 Jun 2017. Wah! sangat dekat dengan tempat tinggal ibu. Pasti tidak boleh ketinggalan untuk mengunjunginya.

Tarikh pembukaan MAPS Ipoh.

MAPS Ipoh akan dibuat pada setiap hari (Isnin – Ahad). Waktu operasinya adalah bermula pada 10.00 pagi sehingga 6.00 petang (Isnin – Jumaat) manakala jam 10.00 pagi – 10.00 malam (Sabtu dan Ahad) di mana kemasukan terakhir setiap hari adalah pada 4.15 petang. Lewat dari tu, tak boleh masuk lah nanti..hehe

Harga Tiket Di Movie Animation Park Studios (MAPS) Ipoh

Harga tiket online promosi yang ditawarkan adalah seperti berikut :-

  1. Day Pass Online Promo Adult (umur 13 – 59 tahun) = RM133.00
  2. Day Pass Online Promo Child (Umur 3 – 12 tahun & kemasukan percuma untuk kanak-kanak berumur 3 tahun ke bawah) = RM105.00
  3. Day Pass Online Promo Senior (umur 60 tahun dan ke atas) = RM105.00

Link belian tiket sacara online di https://ticketing.mapsperak.com/

* Harga sudah termasuk GST. Harga akan berubah mengikut promosi yang ditawarkan. Harga di atas adalah untuk tempoh terhad. Maklumat dan syarat-syarat lain boleh lihat di website MAPS Ipoh

BACA INI : Mandi Manda Di Hot Spring Sungai Klah (TRAP)

Taman tema Movie Animation Park Studios (MAPS) Ipoh yang berkonsepkan filem animasi ini dibina atas usaha sama antara PCB Development Sdn Bhd dan RSG MAPS Sdn Bhd. PCB Development Sdn Bhd adalah anak syarikat milik penuh syarikat yang disenaraikan Perak Corporation Berhad dan bertanggungjawab untuk membangunkan Bandar Meru Raya City di Ipoh, Perak. MAPS Ipoh ini bakal menjadi impian destinasi paling menarik untuk semua orang. Dengan lebih daripada 40 tarikan di 6 zon bertema, ia adalah masa untuk merancang percutian impian.

Enam Zon Bertema

 2,013 jumlah dibaca,  1 dibaca hari ini

Jom Kongsi!
Exit mobile version