Site icon Blog Ibu Mifzal

Mohon Maaf, Tak Sempat Blogwalking

Sejak akhir-akhir ini, ibu memang sangat jarang sempat blogwalking ke blog kawan-kawan. Ibu mohon maaf banyak-banyak ya sebab tidak balas kunjung dan juga tidak berkesempatan untuk meninggalkan komen di blog kawan-kawan. Ada kekangan yang tidak dapat ibu elakkan. Akhir-akhir ini pula hidup menjadi semakin busy.

Blogwalking Blog Kawan-kawan

Kekangan kesibukkan itu sebenarnya disebabkan oleh dua perkara.

Sibuk Kerja, Tak Sempat Blogwalking

Kerja ibu sekarang semakin banyak dan perlu disiapkan sebelum esok kerana minggu depan iaitu hari Isnin ibu dah mula bercuti. Kebanyakkannya adalah kerja hakiki tetapi ada juga kerja-kerja ad-hoc yang tiba-tiba assigned dekat ibu. Aduhai, penat tau!. Semua kerja seperti laporan bulan dan lain-lain kerja hakiki, by hook or by crook, ibu kena siapkan sebelum bercuti, Eh!, lagipun ibu sangat-sangat tidak gemar kalau ada yang interrupt ibu masa cuti pasal kerja. Walau sekarang musim raya, mungkin tak ramai staff yang masuk office tetapi kemungkinan itu ada. Lagi pun, kalau tak siapkan, nanti bila masuk pejabat semula selepas cuti raya, mahu pengsan nak buat semua kerja-kerja yang tertangguh tuh.. Walau ada kerja yang bukan urgent pun.

Dek kesibukkan, ibu update blog ini pun curi-curi masa yang terluang. Haha, sempat lagi kan.

Mood Blogging

Mood hendak update blog dan blogwalking memang merundum akhir-akhir ini. Tetapi, jikalau kadang-kadang ada masa terluang,  ibu ada gak terjah blog kawan-kawan dan baca entry terkini. Cuma, kadang-kadang ibu tidak sempat untuk tinggalkan kome sahaja. Tambah-tambah, kalau dah dekat nak raya ini, mood raya sahaja yang  timbul. Hehe, sudah tak sabar nak balik kampung. Pulang berhari raya bersama keluarga tercinta. Yang buat ibu teruja adalah kerana tahun ini merupakan giliran beraya di kampung halaman ibu.

Persiapan raya pun rasanya sudah 100% siap sepenuhnya. Daripada baju raya, kuih raya, duit raya dan yang berkaitan. Hehe, punya excited kan. Ala, lagipun seminggu lagi nak raya, mesti kawan-kawan pun dah siap semua persiapan raya kan?

Okay, itu je nak cerita. Daripada nak say sorry, sampai melalut kepada nak raya. Hehe, excited punya pasal.

 703 jumlah dibaca,  1 dibaca hari ini

Jom Kongsi!
Exit mobile version