Site icon Blog Ibu Mifzal

Mifzal Ni Tidur Ke Tak?

Kalau tengok gambar anak kesayangan ibu ini, pasti tertanya-tanya. Mifzal yang memakai baju Boboiboy ni tidur atau tak? Haha.. Ini gaya unik cara anak ibu tidur. Tertidur tapi mata terbuka atau tak tutup rapat. Hehe, ikut gaya siapa ya? Pastinya ibu dan abah Mifzal, kami lena sambil tutup mata. Hehe. Gambar ini, ibu ambil ketika berhenti di lampu trafik, on the way balik kerumah selepas mengambil Mifzal di taskanya.

Gaya Lena Mifzal

Letih barangkali, banyak bermain di school kecik. Masuk kereta, tak lama senyap. Lena rupanya. Selalunya, jarang anak ibu ini lena waktu pulang dari taska.

BACA INI : Gaya Tidur Anak

Bila tatap balik gambar anak. Kesian pula tengok cara tidurnya. Macam keletihan sangat. Aduhai lah anak pengarang jantung. Ibu sayang Mifzal.

 1,003 jumlah dibaca,  1 dibaca hari ini

Jom Kongsi!
Exit mobile version