Site icon Blog Ibu Mifzal

Menonton Filem Captain Marvel 2019

Semalam di TGV Kinta City, tanpa perancangan Ibu sekeluarga menonton filem Captain Marvel 2019. Ajakan Abah Mifzal sebenarnya, lagipun ibu sudah jarang mengikuti perkembangan filem-filam terbaru sekarang. Dah tak tahu filem apa yang baru di panggung wayang. Al-maklumlah, sekarang ini lebih ralit dengan drama Hanguk. Hehe.

Sedap Royale Popcorn

Jarang sebenarnya menonton wayang pada hari bekerja. Tapi kali ini berkecuali kerana esok (hari ini), Ibu dan Mifzal bercuti. Hari ini, ada kejohanan sukan tahunan di sekolah Mifzal. Dek kerana Mifzal tidak menyertai apa-apa acara sukan, jadi kami rancang mahu berehat sahaja di rumah. Ibu juga sudah memohon cuti untuk hari ini 😀

Okay, berbalik pada cerita menonton filem Captain Marvel 2019. Filem berdurasi 2 jam 4 minit ini memang BEST. Ibu bagi 4.5 bintang. Haha. Puas hati ibu menontonnya. Bukan ibu sahaja yang suka tapi Mifzal juga bagitahu filem ini memang best. Katanya “ia sangat hebat sehingga saya tidak rasa mahu ke tandas” Lucu pula anak ibu dengan bahasa skemanya. Kebiasaannya memang Mifzal akan ke tandas setiap kali menonton wayang walaupun cerita yang ditonton itu adalah kartun kegermarannya.

Happy!!
Filem aksi superhero yang diselitkan dengan adegan lucu oleh watak seperti Nick Fury memang mencuit hati. Gamat juga panggung dek ketawa para penonton. Boleh dikatakan kisah Captain Marvel ini adalah permulaan kewujudan superhero Avenger. Kisahnya juga tidak susah untuk difahami walaupun baru mengikut kisah-kisah hero-hero Marvel Studio ini. Buktinya Mifzal sangat suka dengan filem ini walaupun sebelum ini dia tidak terlalu gemar untuk menonton cerita ‘manusia’ (lebih suka cerita kartun).

BACA INI : Filem : The Sorcerer’s Apprentice

Filem Captain Marvel 2019

Poster Filem Captain Marvel 2019

Filem ini diarahkan oleh Anna Boden dan Ryan Fleck. Dibintangi oleh Brie Larson sebagai watak utama bersama Samuel L. Jackson, Ben Mendelsohn, Djimon Hounsou, Lee Pace, Lashana Lynch, Gemma Chan, Algenis Perez Soto, Rune Temte, Grace Mckenna, Clark Gregg, dan Jude Law.

Sinopsis Filem Captain Marvel 2019

Berlatar belakang zaman 1990-an, Vers atau Carol Danvers menjadi salah seorang pahlawan paling kuat di alam semesta ketika bumi terperangkap di tengah-tengah perang galaksi antara dua bangsa alien. Mejar Carol Danvers yang merupakan seorang juruterbang United States Air Force telah mendapat kuasa secara tidak sengaja dan tercampur dengan genetik makhluk asing, ia membuatkannya mendapat kuasa luar biasa.

 1,718 jumlah dibaca,  1 dibaca hari ini

Jom Kongsi!
Exit mobile version