Rezeki! Abah Mifzal dapat tangkapan yang besar. Ikan rohu seberat 9.0 kg berjaya dinaikkan. Tak sangka ibu, petang semalam, balik daripada memancing ikan, Abah Mifzal memanggil ibu dari luar rumah. Ibu ingatkan apa sebab bunyi pun macam kecoh juga. Rupanya, wow besarnya ikan. Tak pernah lagi rasanya dapat ikan sebesar ini. Patutlah, lebih setengah jam juga masa diambil untuk menjinakkan si rohu ini.
Hobi Memancing Ikan
Hobi Abah Mifzal memancing, biasa di lokasi yang berdekatan dengan rumah saja. Ikan besar ini pun ditangkap semasa Abah Mifzal memancing di port biasa. Rumah kami berdekatan dengan sungai dan lombong. Memang sesuailah untuk kaki pancing..hehe
Info Mengenai Ikan Rohu
Ikan rohu atau juga dikenali sebagai ikan ara ini tergolong di dalan spesis ikan kap. Umpan yang Abah Mifzal gunakan adalah umpan dedak. Memang menjadi umpan ni, Selalu juga dapat bawa balik ikan. Biasa dapat ikan talapia, ada yang besar dan ada yang kecil. Ikan talapia ibu biasa makan, ikan rohu ini banyak tulang kalau yang saiz kecil, tapi kalau yang saiz besar macam ini, tak ada tulang. Ntahlah, ibu bukan peminat ikan sungai atau pun lombong. Cuma ikan talapia sahaja yang ibu sanggup makan, itu pun yang bersaiz sederhana. Ikan rohu ini dah selamat dah dihadiahkan pada kawan Abah Mifzal. Alhamdulillah, rezekinya.
2,961 jumlah dibaca, 2 dibaca hari ini