Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera
Keledek rasanya manis dan sentiasa mendapat tempat di dalam masakan orang kita, sama ada dimasak lemak dijadikan sayur bersama daun cekur, dilenyek, dikisar dijadikan kuah mi rebus, dibuat kuih seperti cik
mek molek, digoreng seperti pisang goreng, dibuat pengat atau dibuat
kerepek…sebut saja, ubi ini memang serba guna.
Di Malaysia, ubi keledek mudah didapati sepanjang tahun, malah ubi keledek tempatan juga sangat berpatutan harganya. Isinya beraneka, putih, kuning, jingga, merah atau ungu.
Tetapi tahukah anda, ubi keledek bukan sahaja sedap dan pelbagai guna dalam masakan, ia juga sangat bermanfaat untuk kesihatan kita. Penyelidikan terbaru terhadap ubi keledek mendapati isinya kaya dengan bermacam khasiat.
Manfaat kesihatan
1. Protein unik mengandungi kesan antioksidan – keledek mempunyai simpanan protein akar yang unik. Kajian mendapati ia mengandungi kapasiti antioksidan yang penting. Dalam satu kajian, didapati protein-protein ini mempunyai satu pertiga aktiviti antioksidan gluathione iaitu satu daripada antioksidan tubuh yang paling mengagumkan terhasil secara dalaman. Ini bererti ubi keledek mempunyai nilai penyembuh.
2. Sumber khasiat yang baik – keledek yang dikelaskan sebagai ‘sayur akar’ ini sangat kaya dengan sumber vitamin A (dalam bentuk beta-karotin), vitamin C dan mineral seperti mangan dan kuprum. Keledek juga kaya dengan fiber diet, vitamin B6, potasium dan zat besi.
3. Makanan yang kaya antioksidan dan antiradangan – vitamin A dan vitamin C di dalam ubi keledek menunjukkan ia mempunyai nilai menyembuh. Beta-karotin dan vitamin C berkuasa menyingkirkan toksid.
Elak serangan jantung dan strok
Ubi keledek secara relatifnya berkalori rendah dan tiada lemak. Kaya dengan beta-karotin dan lima kali ganda lebih vitamin A dalam seketul keledek. Juga kaya dengan potasium. Khasiat-khasiat ini berupaya melindungi daripada serangan jantung dan strok. Potasium di dalam keledek membantu mengekalkan bendalir dan keseimbangan elektrolit di dalam sel-sel tubuh serta mengekalkan fungsi normal jantung dan tekanan darah.
Berat badan ideal
Ubi keledek juga bersifat menghalang peningkatan berat badan, antikanser, dan antipenuaan.
sumber artikel : Majalah Anis : Julai 2009 ps : ibu suka ubi keledek goreng..tepung kasi tebal..hehe1,429 jumlah dibaca, 2 dibaca hari ini
Keledek goreng paling senang nak dpt. Cicah ngan lada kicap macam pisang goreng memang sedaplah.
aduss..kecur dah liur ni..nmpak gaya kena g cari ni keledek goreng..hehe
Buat pengat pun sedap jugak 🙂